BANTING: Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata liputan jalur lebar menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu juga menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan 17 menara komunikasi baharu dirancang siap didirikan menjelang akhir tahun ini.
"(Daripada jumlah itu) 11 daripadanya telah siap dan dalam tindakan pihak penyedia telekomunikasi untuk pemasangan peralatan komunikasi. Namun saya telah menerima maklumat pagi tadi daripada 11 menara itu, lapan lagi belum 'on air'.
"Saya akan melawat satu daripada lapan (menara) ini dalam jangka masa terdekat. Kalau saya dapati tidak ada perancangan segera untuk mengaktifkan menara ini maka bersedialah. Jadi saya minta disegerakan," katanya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di PEDi Kanchong Darat, di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata sehingga kini sebanyak 8,457 stesen pemancar telah siap dinaik taraf kepada rangkaian 4G manakala hanya 19 stesen lagi masih dalam peringkat pelaksanaan.
Fahmi juga berkata beliau akan berbincang dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk melipat ganda usaha mereka mempromosikan Pakej Perpaduan prabayar dan jalur lebar yang diumumkan kementerian sebelum ini khususnya di kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
"Februari lalu kerajaan telah mengumumkan Pakej Perpaduan prabayar dan pada Mac kami umumkan Pakej Perpaduan untuk jalur lebar.
"Kalau tuan puan tidak tahu, maklum pada saya, saya akan 'call' semua CEO (ketua pegawai eksekutif) telco kenapa tidak uar-uarkan manfaat kepada rakyat (untuk dapat internet yang murah)," katanya.
Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih atau dikenali sebagai Pakej Perpaduan bernilai RM30.
Dalam pada itu, katanya sebanyak 28 kemudahan gentian optik 'Point of Presence' atau titik kehadiran (PoP) telah disiapkan dan sedia untuk dilanggan oleh sekurang-kurangnya 2,912 premis bagi memperluas jaringan liputan infrastruktur jalur lebar.
Menurut Fahmi 226 inisiatif PoP dirancang untuk dibangunkan di negeri itu melibatkan 52 PoP untuk fasa pertama dan 174 PoP dilaksanakan dalam fasa kedua.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata menerusi Program Saya Digital yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lepas, ia telah memberi manfaat kepada kira-kira 16,081 orang peserta seluruh negara dengan 3,195 daripadanya adalah rakyat Selangor.
Katanya, program tersebut telah bergerak secara fizikal di hampir 40 lokasi seluruh negara dengan lima di Selangor bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menerima guna teknologi khususnya bagi golongan B40, warga emas dan pelajar dalam meningkatkan kemahiran digital mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Fahmi berkata liputan jalur lebar menerusi JENDELA fasa satu juga menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan 17 menara komunikasi baharu dirancang siap didirikan menjelang akhir tahun ini. - Gambar Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.