TIDAK ada yang mengejutkan apabila figura terkenal dan menjana pendapatan yang cukup besar seperti Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Namun ia menjadi buah mulut kerana kediaman yang dibeli Lisa kali ini bukan di Seoul, Korea Selatan sebaliknya di kawasan perumahan elit Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai terbabit di sebuah kawasan tersorok.
Kediaman yang terletak di atas tanah 1.3 ekar di Coldwater Canyon itu pula dibeli pada harga RM19 juta.
Ejen hartanah yang menguruskan pembelian kediaman tersebut menyifatkan rumah Lisa sebagai sangat tenang.
Ia memiliki empat bilik tidur, kawasan berpokok hijau yang sangat luas dan kolam renang.
Malah netizen juga kagum dengan hiasan dalaman dan luaran kediaman baru Lisa yang nampak sangat mewah.
Sebelum ini Lisa juga sempat menarik perhatian peminat selepas mendedahkan kediamannya di Seongbuk-dong, Seoul. Kediaman tersebut dibeli pada harga RM25 juta.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Apr 18 2024

Ejen hartanah yang menguruskan pembelian kediaman tersebut menyifatkan rumah Lisa sebagai sangat tenang. - Foto Gempak
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.

Konsert BLACKPINK: Tip untuk 'enjoy' tanpa tekanan malam ini
Berikut adalah beberapa tips bagi memastikan anda boleh enjoy konsert BLANKPINK malam ini tanpa perlu panik atau bimbang.

Debut solo Lisa Blackpink 'Lalisa' pecah dua rekod Guinness
"Lalisa" yang dilancarkan pada 10 September memecahkan rekod dunia untuk "video muzik YouTube oleh artis solo paling banyak ditonton dalam 24 jam".

Solo atau bersama, Blackpink terus cipta rekod
Lisa dan Rose kini memahat rekod tersendiri pada tahun 2021.

Bazaar China padam gambar Lisa Blackpink, dipercayai berkaitan isu kapas Xinjiang
Gambar-gambar Lisa Blackpink dipadam dari media sosial Harper's Bazaar China.

Minzy dedahkan asalnya lagu "As If It's Your Last" bukan dicipta untuk Blackpink tapi...
Kalau bukan untuk mereka untuk siapa pula?

Blinks, teka-teki terungkai! Blackpink anjur konsert maya 27 Disember ini
Kumpulan gergasi K-Pop Korea Selatan, Blackpink akan mengadakan konsert dalam talian buat julung kalinya menerusi platform YouTube.

Blackpink tampil dalam dokumentari 'Light Up The Sky' pada 14 Oktober
Menerusi laman Instagram rasmi mereka, Blackpink pada Rabu berkata akan melancarkan dokumentari yang berjudul Light Up The Sky pada 14 Oktober depan.

Blinks, bersedia! Album penuh Blackpink menjengah ke pasaran Oktober ini
Album yang bertajuk "BLACKPINK THE ALBUM" dijadualkan berada di pasaran pada 2 Oktober 2020.

Lisa Blackpink diangkat sebagai duta baharu BVLGARI
Jenama mewah dari Itali itu memilih penyanyi kelahiran Thailand itu kerana beranggapan bahawa dia adalah wajah yang sesuai untuk jenama mewah mereka.