PELAKON Lisdawati mengakui mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak berkongsi tentang kehamilannya kepada krew produksi yang melibatkan projek lakonannya baru-baru ini.
Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain hanya kerana dia dalam keadaan berbadan dua.
Akui Lisda, dia tidak mengalami sebarang masalah dan tetap bertenaga menjalani tanggungjawabnya sepanjang penggambaran berlangsung.
"Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil hingga ketika saya menjayakan penggambaran drama Mr Grey, kru produksi tidak sedar saya hamil trimester pertama.
"Orang yang perasan fizikal saya berubah pun tidak menegur sebab mungkin mereka menyangka ia perubahan biasa. Kebetulan, saya membawakan watak ibu, jadi tak perlu pakai persalinan yang menyerlahkan bentuk badan.
"Ketika terima tawaran, saya tidak beritahu sedang hamil. Bukan apa, bersandarkan pengalaman lalu, rata-rata semua orang sangat prihatin sampai saya naik segan," katanya kepada sebuah portal hiburan.
Berkongsi tentang kandungannya yang kini sudah berusia tujuh bulan, kata Lisda, dia dan suami bakal menimang cahaya lelaki yang dijangka dilahirkan selepas Aidilfitri nanti.
Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sinar Harian
Thu May 17 2018
Lisda dan Fauzi bakal menimang anak keempat yang dijangka dilahirkan selepas Aidilfitri nanti. - Foto Sinar Harian
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
'Di mana sahaja ada orang dengki, saya reda' - Fauzi Nawawi
Ujian buat Fauzi sebagai seorang usahawan.
Lisdawati minta kebenaran produksi bawa anak ke set penggambaran
Pelakon Lisdawati akan meminta kebenaran pihak produksi untuk membawa anak bongsunya, Ahmad Nur Fayyadh ke set penggambaran sekiranya mendapat sebarang tawaran.
'Semoga Allah terus kekalkan kami begini selamanya'
Menerusi entri di Instagram (IG), Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka semalam.
'Takut pergi pasar nanti orang ludah' - Nasir Bilal Khan
Pelakon Nasir Bilal Khan akui teruja dengan sambutan yang diterima menerusi watak antagonis dalam filem terbaharunya, Munafik 2.
Empat hari tayangan, 'Munafik 2' kutip RM21.6 juta
Filem Munafik 2 terbitan Skop Productions dan President Production mencipta sejarah yang tersendiri dan industri perfileman Melayu apabila berjaya meraih kutipan RM21.6 juta dalam masa 4 hari.
Fauzi Nawawi buka bisnes hotel bajet
Pelakon popular itu mengakui saingan ramai pelakon baru ketika ini memberi impak pada tawaran berlakon yang diterima sehingga dia mengambil keputusan membuka bisnes hotel bajet.
Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat
Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain hanya kerana dia dalam keadaan berbadan dua.