KUALA LUMPUR : Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) baru-baru ini menandatangani perjanjian pembiayaan ketiga dengan syarikat teknologi hartanah, LiveIn.
Pembiayaan itu antaranya bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal LiveIn di Malaysia, serta menyokong rancangan pengembangan agresif mereka di Thailand.
Ia juga dijangka menjadi pelengkap kepada dana yang telah diperoleh daripada pelabur-pelabur antarabangsa baru-baru ini termasuk daripada Singapura, Jepun, Korea, dan Amerika Syarikat, dalam usaha memacu pengembangan strategik LiveIn di rantau ini.
"Rekod pertumbuhan kukuh LiveIn dan pendekatan inovatif dalam sektor teknologi hartanah mencerminkan matlamat MDV sendiri untuk memupuk syarikat pemula teknologi tempatan. Pembiayaan ini merupakan langkah penting dalam mengukuhkan pertumbuhan syarikat pemula teknologi Malaysia, menekankan kekuatan dan kemampuan sektor teknologi Malaysia dalam pasaran global, kata Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Nizam Mohamed Nadzri.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama LiveIn, Keek Wen Khai berkata, pihaknya yakin suntikan dana tersebut akan mengukuhkan keyakinan terhadap strategi pengembangan syarikat dan sumber tambahan bagi mempercepatkan pelaburan di rantau ini.
“Misi kami adalah untuk menangani isu mendesak perumahan mampu milik untuk golongan muda, dan setakat ini, kami telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah mencapai matlamat ini dengan sokongan berterusan MDV.
“Potensi pasaran perumahan mampu milik ini amat menggalakkan untuk LiveIn dan kami kekal komited untuk mempelopori pasaran baru serta memperkenalkan perkhidmatan yang inovatif bagi merevolusikan industri ini. Dengan sedikit masa, kami yakin kami akan dapat berdiri setara dengan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia yang lain di pasaran global,” kata Keek Wen Khai.
Kerjasama produktif di antara MDV dan LiveIn bermula sejak 2021 apabila LiveIn menerima pembiayaan pertama daripada MDV di bawah program Hutang Teroka MDV.
LiveIn mengambil langkah mengembangkan operasi ke Thailand pada tahun 2020, di sebalik cabaran pandemik COVID-19. Ia memberi tumpuan untuk membina hubungan dengan pemilik hartanah dan pemaju dalam usaha meningkatkan jumlah serta kepelbagaian bilik sedia disewa di rantau itu.
Langkah ini memberikan LiveIn peluang untuk menarik minat golongan muda yang kembali ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan seiring dengan pemulihan ekonomi. Di antara tahun 2019 hingga 2023, LiveIn telah menyaksikan pertumbuhan pendapatan berulang tahunan atau ARR sebanyak 5 kali ganda.
Astro Awani
Tue Feb 20 2024
![LiveIn-MDV meterai perjanjian pembiayaan ketiga, percepat pengembangan di Thailand LiveIn-MDV meterai perjanjian pembiayaan ketiga, percepat pengembangan di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676610056_TBNizamMohamed.jpg)
Nizam berkata pembiayaan itu antaranya bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal LiveIn di Malaysia. - Foto MDV
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
![MDV lantik Rizal Fauzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu MDV lantik Rizal Fauzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723211881_TBRIZALFAUSI.jpg)
MDV lantik Rizal Fauzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Rizal gantikan Nizam Mohamed Nadzri setelah tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada Februari 2024 selepas berkhidmat sebagai KPE sejak tahun 2018.
![MDV sasar perluas produk ke peringkat global MDV sasar perluas produk ke peringkat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653928396_KhairulAzwanHarun.jpg)
MDV sasar perluas produk ke peringkat global
MDV sedang merancang untuk memperluaskan produk Venture Finance dan bekerjasama dengan agensi di peringkat serantau dan global.
![Syarikat pemula niaga dinasihat pastikan data kewangan mereka dalam keadaan baik - MDV Syarikat pemula niaga dinasihat pastikan data kewangan mereka dalam keadaan baik - MDV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619514662_MDV.jpg)
Syarikat pemula niaga dinasihat pastikan data kewangan mereka dalam keadaan baik - MDV
Bakal pelabur mahukan gambaran penuh mengenai perniagaan pemula niaga sebelum membuat keputusan untuk memberikan pelaburan atau pembiayaan.