Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept.
Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.
"Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.
"Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Zainuddin meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan agar melaporkan kepada PDRM untuk mendapat tindakan sewajarnya.
"Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin," katanya.
Sementara itu, menurut sumber polis, kesemua sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Pada masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018

Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - Gambar hiasan
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak disemak semula - Azalina
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap kanak-kanak 2017 perlu dikaji dan disemak semula bagi membela nasib golongan kanak-kanak.

Lelaki hadap 26 pertuduhan rogol, amang seksual ke atas anak saudara sendiri
Lebih menjijikkan, tindakan tidak berperikemanusiaan tertuduh turut diketahui oleh isterinya yang juga ibu saudara mangsa.

Penagih dadah 'pedofil' ditahan cabul kanak-kanak perempuan 8 tahun
Gara-gara mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, seorang penagih dadah ditahan polis pada Khamis.

Liwat sembilan pelajar, pengetua pusat tahfiz ditahan
Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept.