KUALA LUMPUR: Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) dijangka tidak akan siap pada tahun ini.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024, setakat Julai 2023, sebanyak 12 projek masih dalam peringkat pra pelaksanaan, lapan projek dalam pelaksanaan dan kontraktor penyiap belum dilantik bagi dua projek yang kontrak telah ditamatkan.
Sehingga Disember 2023, sebanyak RM3.915 bilion telah dibelanjakan daripada peruntukan RM4.363 bilion.
Dalam laporan LKAN juga menyebut, objektif RoL masih belum berjaya dicapai terutamanya untuk meningkatkan kualiti air sungai terbabit ke Kelas IIB (yang sesuai disentuh bagi tujuan rekreasi).
Selain itu, 147 aset pembersihan sungai didapati tidak beroperasi kerana rosak, telah dirobohkan atau tidak boleh digunakan.
Tempoh pembaikan aset rosak pula mengambil masa sehingga empat tahun tiga bulan.
LKAN juga mendapati hanya 50 (16.9%) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf.
Kelewatan penyiapan bagi tiga projek dan penamatan satu projek pembetungan telah menyebabkan peningkatan kos dianggarkan sehingga RM234.72 juta.
Seterusnya, LKAN juga mendapati Kerja Pengindahan Sungai juga tidak dilaksanakan di sepanjang 2.2 km Sungai Gombak.
Pembinaan dan pembaikan 2 unit collapsible weir berjumlah RM33.37 juta tidak berjaya mencapai objektif kerana satu unit tidak beroperasi manakala satu unit tidak berjaya disiapkan.
Manakala, 17 kemudahan dengan kos pembinaan RM13.21 juta masih belum dimanfaatkan.
Projek itu merupakan antara isu signifikan dalam LKAN kali ini, yang mengandungi sembilan pengauditan melibatkan 11 kementerian dengan nilai kos keseluruhan program/projek/aktiviti yang diaudit berjumlah RM41.970 bilion.
Azyyati Ahmad
Thu Jul 04 2024

Menurut LKAN 2/2024, setakat Julai 2023, 12 projek masih dalam peringkat pra pelaksanaan, lapan dalam pelaksanaan dan kontraktor penyiap belum dilantik bagi dua projek yang kontrak telah ditamatkan.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.

Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.

Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA
Kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi secara dasarnya disebabkan oleh paip terutamanya jenis simen asbestos (AC) yang dipasang 30 hingga 50 tahun lepas telah menjangkaui jangka hayat.

Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.

SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp
Sepasukan anggota dan pegawai SPRM tersebut dilihat membawa bersama tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.

Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah
Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.