KUALA LUMPUR: Pengurusan pekerja asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx), dan Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), didapati tidak memuaskan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu, Sistem ePPAx dengan kos pembangunan RM19.39 juta tidak dioptimumkan sepenuhnya, kerana penggunaan yang terhad kepada proses syor kuota kelayakan melalui pengeluaran Perakuan Jabatan Tenaga Kerja dan Semenanjung Malaysia (JKTSM) sahaja.
Pencapaian pelaksanaan FWCMS pula, menurut LKAN 2022, belum dapat dinilai kerana 12 modul lengkap hanya digunakan untuk satu negara sumber iaitu Bangladesh berbanding 15 negara sumber dibenarkan.
Selain itu Audit mendapati, dua dokumen pengenalan (ID) yang berperanan sebagai Super Admin KSM untuk sistem FWCMS, bukan pegawai KSM, sekaligus menimbulkan risiko penyalahgunaan ID terhadap pengurusan pekerja asing.
“KSM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hendaklah melaksanakan proses pengurusan pekerja asing yang cekap, telus dan berintegriti merangkumi semua proses pengurusan pekerja asing yang berlaku di dalam dan di luar sistem.
“Proses ini perlu mengambil kira keperluan hak, had, bidang kuasa dan fungsi semua agensi Kerajaan berkaitan selaras dengan dasar semasa Kerajaan dan akta masing-masing bagi memastikan pengurusan, pemantauan dan kawalan pekerja asing yang berkesan,” menurut ulasan Jabatan Audit Negara dalam laporan tersebut.
Dalam pada itu, LKAN mendapati perjanjian Kerajaan melibatkan sistem FWCMS dengan nilai RM1.049 bilion, sebenarnya belum pun ditandatangani sehingga hari ini, sebaliknya syarikat yang dipertanggungjawab iaitu Syarikat 838886-T (Bestinet Sdn Bhd), hanya menjalankan operasi melalui proof of concept.
“Kegagalan menandatangani perjanjian mengakibatkan obligasi perkhidmatan yang dikehendaki, hak milik terhadap sistem dan data-data Kerajaan yang digunakan serta aspek keselamatan dan integriti data tidak dapat ditentukan serta kepentingan Kerajaan tidak dipelihara,” menurut laporan itu lagi.
Sebanyak tiga Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, iaitu LKAN 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan; LKAN 2022 Mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar; dan LKAN 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan / Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.
Orang awam yang berminat untuk mengetahui perincian laporan tersebut boleh mendapatkannya di laman rasmi Jabatan Audit Negara di https://lkan.audit.gov.my, dan juga dashboard Jabatan Audit Negara di https://agdashboard.audit.gov.my/.
Firdaus Azil
Wed Nov 22 2023

Perjanjian Kerajaan melibatkan sistem FWCMS dengan nilai RM1.049 bilion, sebenarnya belum pun ditandatangani sehingga hari ini. - Gambar hiasan
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

LKAN 2022: RM618.71 juta wang awam hilang atau rugi
Pengurusan Program Penanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyumbang faktor terbesar iaitu RM448.87 juta.

LKAN 2022: PAC panggil MOF beri penjelasan kelemahan pengurusan projek LADA
Kelemahan pengurusan kewangan LADA libatkan Projek Pembangunan Hotel St Regis dn Projek Perkampungan Tok Senik

LKAN 2022: Sistem pengurusan pekerja asing KSM tidak memuaskan
Dua ID Super Admin KSM untuk sistem FWCMS, bukan pegawai KSM, sekaligus berisiko penyalahgunaan ID terhadap pengurusan pekerja asing.

LKAN 2022: UiTM Holdings, Kwasa Land, CSB Land capai tahap kewangan kurang stabil
UiTM Holdings Sdn Bhd mencapai nilai tadbir urus korporat kurang memuaskan, Kwasa Land Sdn Bhd dan CSB Land Sdn Bhd, di tahap memuaskan.