KUANTAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengaktifkan pasar bergerak di bawah agensinya ke lokasi terkesan banjir di seluruh negara yang menawarkan diskaun pembelian sehingga 30 peratus.
Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir, selain menerusi pemberian bakul makanan secara percuma.
"Setakat ini, kami mempunyai lapan pasar bergerak yang akan dibuka di 160 lokasi berlainan bermula 9 pagi hingga 6 petang. Inisiatif ini bukan hanya membantu pengguna malah golongan nelayan turut mendapat manfaat terutama yang terjejas banjir," katanya.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata demikian pada sidang media selepas Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir ke LKIM Pahang di Wisma LKIM Pahang di sini pada Isnin, yang turut dihadiri Ketua Pengarahnya Yusuff Othman.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata setakat ini, 277 nelayan di Selangor, Pahang dan Melaka menjadi mangsa banjir dengan anggaran kerugian RM2 juta meliputi kemusnahan harta benda dan peralatan menangkap ikan.
"Kami akan membantu mereka menerusi bantuan tunai sebanyak RM500 hingga RM1,000 setiap orang manakala melalui tabung bencana mereka layak menerima sehingga RM10,000 untuk memulakan penghidupan baharu," katanya.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata nelayan terlibat juga boleh menyertai Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang memperuntukkan RM80 juta untuk bantuan meliputi hasil perikanan, ternakan akuakultur, industri makanan dan asas tani serta agropelancongan.
Selain itu, beliau berkata 63 kakitangan LKIM turut terkesan banjir dan bantuan segera termasuk bantuan tunai diberikan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
![LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641228991_PengerusiLembagaKe.jpg)
Inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir. -Bernama
![Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739345572_TBSAPURA.jpg)
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
![Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727261627_FaizFadzil.jpg)
Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi
LKIM meminta peniaga tidak ambil kesempatan naikkan harga hasil laut terutamanya ikan ketika musim MTL yang djangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
![MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721043407_TBSANDAKANNELAYAN.jpg)
MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
![LKIM cadang bina slipway di Labuan LKIM cadang bina slipway di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715597722_TBMuhammadFaiz.jpg)
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
![Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/51549942547_FaizFadzil.jpg)
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih
Stesen minyak mudah alih yang bakal diwujudkan PELARIS dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.
![LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647421298_FaizFadzil.jpg)
LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan pembinaan 257 unit rumah nelayan di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun ini.
![Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695988760_MuhammadFaizFadzil.jpg)
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
![LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694335265_MajlisRamahMesra.jpg)
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.
![LKIM perkenal pasar nelayan bergerak LKIM perkenal pasar nelayan bergerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677302932_TBIKANSEGAR.jpg)
LKIM perkenal pasar nelayan bergerak
LKIM memperkenalkan projek pasar nelayan bergerak sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi nelayan dan membantu rakyat membeli ikan segar, pada harga yang lebih rendah.
![Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688547346_TBbantuannelayan.jpg)
Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM
Nelayan yang dikesan menyalahgunakan bantuan yang diberikan kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan sebagai ahli persatuan.
![Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652245138_AhliDewanUndangan.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini
Bantuan pukat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada semua nelayan yang berlesen di negeri itu meningkat kepada RM1.614 juta pada 2023 berbanding RM959,600 pada tahun lepas.