Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.
Ketua Pengarah LLM Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Okt lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain.
Ismail berkata pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berhad juga sentiasa melaksanakan intervensi yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji kemungkinan penyediaan jajaran baru bagi seksyen Ipoh ke Kuala Kangsar yang akan menjadi laluan alternatif sedia ada.
Mengenai cadangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyediakan laluan khas kenderaan berat, Ismail berkata kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan lokasi cadangan pelebaran lorong di kawasan berbukit melibatkan kos yang tinggi.
Dalam pada itu, LLM berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dengan lebih ketat ke atas pengusaha perkhidmatan logistik ini dari segi aspek keselamatan keadaan kenderaan berat tersebut.
Bernama
Wed Oct 08 2014

LLM bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti umum dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.

Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.