KUALA TERENGGANU: Negeri di bawah pentadbiran pembangkang perlu mencontohi langkah kerajaan Terengganu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan Pusat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar semalam mengenai perkara itu sebagai tepat pada masanya, kerana Hari Kebangsaan seharusnya disambut oleh semua pihak dalam semangat penyatuan tanpa mengira fahaman politik.
Katanya apa juga perbezaan pendapat seharusnya diketepikan demi membina negara yang lebih makmur dan rakyat tidak wajar dibebankan serta diheret ke dalam kancah politik yang tidak berkesudahan.
"Kita baru melalui Pilihan Raya Umum ke-15 sembilan bulan dahulu, manakala Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri minggu lepas dan akan terpaksa menghadapi pula beberapa pilihan raya kecil disebabkan pemergian dua orang wakil rakyat.
"Kasihanilah rakyat yang sedang bergelut dengan keadaan ekonomi yang kurang baik dan tidak menentu selepas dua siri pilihan raya yang sengit yang meletihkan minda dan badan mereka," katanya dalam kenyataan semalam.
Semalam, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan menggunakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" dan logo Malaysia Madani yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan, bukannya logo dan tema dicadangkan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo dan tema alternatif sempena Hari Kebangsaan serta dilaporkan berkata logo dan tema itu bakal digunakan untuk ucapan pemimpin PN sempena Hari Kebangsaan, selain mencadangkan ia diperluas ke Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

Katanya apa juga perbezaan pendapat seharusnya diketepikan demi membina negara yang lebih makmur dan rakyat tidak wajar dibebankan serta diheret ke dalam kancah politik. - Gambar fail/Sinar Harian

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Logo alternatif: Hari Kebangsaan perlu disambut dalam semangat penyatuan - Raja Bahrin
Negeri di bawah pentadbiran pembangkang perlu mencontohi langkah kerajaan Terengganu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan Pusat.

Logo Hari Kebangsaan PN bawa retak dalam usaha bentuk perpaduan - Penganalisis
Tindakan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan logo dan tema alternatif bagi sambutan Hari Kebangsaan adalah suatu yang tidak wajar.