Logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) memaparkan mesej yang sangat terang dan mempunyai elemen penting dalam pelancongan.
Mempertahankan logo yang dikritik pengguna media sosial, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Uzaidi Udanis berkata, setiap kempen melawat Malaysia selama ini juga telah terbukti berjaya dalam meningkatkan jumlah pelancong antarabangsa ke negara ini.
"Ramai di media sosial merungut mengenai logo Tahun Melawat Malaysia 2020 tetapi bagi pendapat saya, mencipta satu logo yang sesuai adalah sangat subjektif.
"Seperti satu karya lukisan, tidak ada logo yang betul atau logo yang salah. Ada yang suka sesuatu logo tapi ada juga yang tidak suka sebab masing-masing mempunyai cita rasa sendiri.
"Paling penting adalah mesej yang sangat terang dari logo ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Uzaidi menambah, kritikan sama pernah berlaku semasa Korea Tourism membuat logo Sparkling Korea oleh rakyat mereka namun kempen itu akhirnya berjaya.
"Serupa juga dengan Italy Tourism yang menerima komen huruf 'T' seolah alat sulit lelaki yang tidak bermaya, tetapi sekarang sudah terbukti berjaya.
"Logo adalah sangat subjektif. Logo Ikea misalnya terlalu ringkas sehingga dianggap tidak ada kreativiti tetapi berjaya diingat oleh ramai orang," katanya.
Di kalangan netizen, ada yang mempersoalkan kualiti rekaan grafik VMY2020 yang dianggap kurang memuaskan.
Logo tersebut dilancarkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pada Jumaat lalu di Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand.
Ia memaparkan ilustrasi orang utan berkaca mata hitam memeluk Monyet Belanda, bayangan Menara Berkembar Petronas dan penyu di pantai yang juga memakai cermin mata hitam.
Logo itu memaparkan slogan "Travel. Enjoy. Respect".
Menurut Nazri, ia selaras dengan aspirasi Organisasi Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).
Uzaidi yang juga Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) berkata, Tahun Melawat Malaysia 2020 adalah kempen yang kelima dianjurkan kerajaan selama ini.
"Logo Tahun Melawat Malaysia 1990 dan Tahun Melawat Malaysia 1994 menggunakan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai elemen dalam logo.
"Logo Tahun Melawat Malaysia 2007 menggunakan Bunga Raya sebagai elemen menandakan negara menyambut 50 tahun kemerdekaan, sementara logo Tahun Melawat Malaysia 2014 melambangkan negara yang mempunyai festival yang menarik.
"Oleh itu, tibalah masa kita menekankan beberapa elemen yang boleh menarik pelancong antarabangsa seperti bangunan KLCC, orang utan dan penyu," ujarnya.
Jelasnya lagi, slogan kali ini juga memberi pelancong antarabangsa satu keseronokan melancong di Malaysia di samping menghormati kebudayaan dan ekosistem negara.
"Nazri rajin memasarkan negara di pasaran pelancongan antarabangsa," katanya, memetik peranan menteri itu ketika mengetuai delegasi negara di pameran antarabangsa seperti di ITB Berlin, FITUR Madrid dan World Travel Mart London.
Nazri akan berjumpa seberapa ramai penggiat industri pelancongan antarabangsa dan juga media antarabangsa, tambahnya.
"Beliau sangat arif dalam pasaran pelancong antarabangsa, oleh itu saya sangat yakin dengan pemilihan beliau untuk menggunakan logo yang sesuai bagi Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.
Wan Syamsul Amly
Mon Jan 29 2018

UZAIDI: Ada yang suka sesuatu logo tapi ada juga yang tidak suka sebab masing-masing mempunyai cita rasa sendiri.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran
Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong.

Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini
Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini.

MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan membangunkan kempen pemasaran inovatif yang disesuaikan dengan setiap rantau untuk menyerlahkan tawaran unik Malaysia.

MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini
Majlis Pelancongan Malaysia (MITA) menggesa kerajaan agar mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas sebelum kedatangan pelancong dari China bermula Isnin ini.

Projek rintis di Langkawi bakal memberikan impak positif kepada penggiat pelancongan - MITA
Industri sektor pelancongan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan

Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

MITA mahu 'jual' Bagan Datuk ke peringkat antarabangsa - Uzaidi
Persatuan Pelancong Dalam Malaysia (MITA) melihat kemampuan destinasi pelancongan di Bagan Datuk sebagai tarikan pelancong ke dalam negara.

Logo VMY2020: Paling penting mesejnya sangat jelas - Uzaidi
Logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) sudah memaparkan mesej yang sangat terang dan mempunyai elemen penting dalam pelancongan.