Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup sekali lagi pada pukul 4:15 petang tadi kerana benteng di Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan pecah akibat hujan lebat di hulu sungai.
Benteng tersebut telah dibina sejak 24 Oktober lalu bagi menghalang air sungai tercemar daripada mengalir ke Sungai Semenyih dan melencongkannya ke kolam berhampiran menggunakan pam.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Kumpulan Air Selangor malam ini, ketika ini, segala usaha sedang dilaksanakan untuk membina semula benteng di Sungai Buah itu dengan serta-merta.
"Semua kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling sedang mengalami gangguan bekalan air sehingga loji rawatan air beroperasi semula," kata Ketua Komunikasi Korporatnya Amin Lin Abdullah.
Katanya, bantuan bekalan air akan terus dihantar ke kawasan yang terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis, sehingga bekalan air pulih.
Sementara itu, Amin turut menjelaskan, jadual bekalan air sedia ada untuk Zon 1 dan 2 yang dikeluarkan sebelum ini tidak akan diguna pakai lagi.
Astro Awani
Fri Oct 28 2016
Loji rawatan air Semenyih ditutup sekali lagi pada pukul 4:15 petang Jumaat kerana benteng di Sungai Buah pecah akibat hujan lebat. - Gambar fail
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung
JAS mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.
Sampel air di penempatan Asli Kuala Koh sudah dihantar untuk ujian - JAS
Pengarah JAS memaklumkan sampel air berkenaan sudah diambil pagi tadi dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Loji rawatan air dicemari ammonia, 18,000 pengguna di Alor Gajah terjejas
Bacaan ammonia yang dicatat adalah melebihi 3.5 miligram/liter (mg/l) iaitu melepasi parameter yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula
Benteng yang pecah itu dibina sejak 24 Oktober lalu bagi menghalang air sungai tercemar daripada mengalir ke Sungai Semenyih dan melencongkannya ke kolam berhampiran menggunakan pam.