PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan berjumpa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan pendedahan salah laku kakitangan sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Saya tiada maklumat sebab ini laporan media, namun sebab beliau (Azam) ada sebut tentang agensi dan jabatan di bawah MOT, saya akan pohon janji temu dengan KP SPRM untuk bertemu beliau dan dapatkan laporan lanjut," katanya kepada pemberita mengulas laporan akhbar mengenai isu itu selepas menghadiri Majlis Simpulan Kasih Malaysia MADANI MOT di sini hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan pendedahan Azam yang menyebut beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan keagamaan dan hospital.
Loke berkata pertemuan dengan Azam merupakan langkah awal sebelum sebarang tindakan diambil bagi berlaku adil terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang mungkin terlibat, selain tidak menuding jari serta-merta tanpa bukti kukuh.
Langkah lain yang akan dilaksanakan antaranya ialah mendapatkan senarai nama kakitangan dan kes melibatkan mereka, katanya.
"Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku di bawah MOT serta akan bekerjasama penuh sekiranya laporan salah laku berkenaan mempunyai bukti kukuh," katanya yang memandang serius laporan pendedahan Azam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Loke berkata pertemuan dengan Azam merupakan langkah awal sebelum sebarang tindakan diambil bagi berlaku adil terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang mungkin terlibat, selain tidak menuding jari serta-merta tanpa bukti kukuh. - Gambar fail
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Subsidi tambang penerbangan musim perayaan kurangkan rungutan rakyat - Loke
Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal.
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.