TAPAH: Laluan di kilometer (km) 318.5 hala selatan di Lebuhraya Utara Selatan dekat sini sesak kira-kira 7 km susulan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang terbalik.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kerja-kerja mengalihkan kenderaan terlibat dlakukan selepas pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada jam 3.30 petang.
Katanya, walau bagaimanapun pemandu lori bermuatan sarung tangan berkenaan, Mohamad Khairil Yahya, 29, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena itu hilang kawalan lalu terbabas dan telah melintangi jalan. Pemandu kenderaan itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Susulan itu kesemua lorong (ke selatan itu) ditutup sepenuhnya kepada aliran trafik dan kesesakan lebih kurang 7Km. Kerja-kerja mengalihkan kenderaan terlibat sedang di buat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, pengguna jalan raya menghala selatan dinasihatkan untuk keluar di Tol Gopeng dan masuk semula di Tol Tapah bagi meneruskan perjalanan.
Sementara itu, Plustrafik dalam hantaran di laman Twitter terkini memaklumkan lorong kanan telah dibuka manakala lorong kecemasan dan lorong kiri masih terhalang.
“Sila keluar ke Plaza tol Gopeng dan guna laluan alternatif,” tulis hantaran berkenaan.
Amirrul Rabbani
Sat Jul 23 2022
Laluan di kilometer (km) 318.5 hala selatan di Lebuhraya Utara Selatan sesak kira-kira 7 km susulan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang terbalik. - Foto IPD Tapah
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Polis tahan pemandu treler bantu siasatan kemalangan maut
Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pagi tadi.
Lori kontena rempuh rumah alami masalah pedal minyak tersangkut - Polis
Pemandu lori kontena itu adalah warga Thailand kini ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian urin mendapati negatif dadah.
Kereta rosak di lebuh raya, wanita maut dilanggar lori kontena
Lori itu telah melanggar seorang wanita yang ketika itu berada di sisi luar kenderaan berkenaan.
Seorang maut, nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan
Lori mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, hilang kawalan dan bergesel dengan satu lori lain, menyebabkannya terbabas.
Wanita maut, dua cedera nahas lima kenderaan
Kemalangan melibatkan lori kontena Volvo, treler Volvo, kereta Proton Saga, kereta Toyota Vios dan kereta Nissan Almera.
Dua maut langgar belakang lori kontena
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta.
Identiti empat mangsa maut kemalangan di LPT1 dikenal pasti
Identiti empat mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) hala Kuantan awal pagi tadi melibatkan empat buah kenderaan, telah dikenal pasti.
Lori kontena rempuh belakang treler, pemandu cedera parah tersepit
Mangsa yang merempuh belakang treler jenis Nissan yang membawa muatan bahan kimia itu, tersepit di bahagian pemandu.
Lori kontena terbalik, lebuh raya sesak 7km
Laluan di kilometer (km) 318.5 hala selatan di Lebuhraya Utara Selatan sesak kira-kira 7 km susulan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang terbalik.
Pemandu maut lori terbalik dirempuh dari belakang
Kejadian dipercayai berlaku setelah lori dipandu lelaki tempatan berusia 24 yang datang dari belakang telah melanggar lori dipandu mangsa.