Sebuah lori tangki yang membawa asid terbalik di KM373 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar plaza tol Slim River di sini, petang Selasa.
Pemandu lori terbabit, seorang lelaki berumur 32 tahun, dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan selepas mengalami kecederaan ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Mohd Fazrul Azuan Norman berkata, sepasukan 11 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.53 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati tangki berkenaan membawa asid sulfurik komersial yang beratnya lebih 24 tan dan berlaku kebocoran.
"Disebabkan sifat asid yang menghakis dan berbahaya, anggota bertindak memagar lokasi kejadian sejauh 100m, dan lorong kiri serta tengah ditutup untuk keselamatan," katanya.
Menurutnya, bantuan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) daripada BBP Pasir Puteh, Ipoh turut dipanggil bagi mengawal kebocoran.
Kemalangan turut menyebabkan laluan trafik mula perlahan beberapa kilometer dari arah Slim River menuju ke Behrang berikutan penutupan lorong kiri dan tengah lebuh raya.
Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, lori yang membawa asid dengan kepekatan 98 peratus itu terbalik di bahu jalan.
"Pasukan HAZMAT tiba di lokasi dan melakukan proses 'hazard and risk assessment' (penilaian risiko dan ancaman)," katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 01 2019
Kejadian berlaku di KM373 Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran susur keluar plaza tol Slim River petang Selasa. - Foto ihsan JBPM
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Treler bawa tangki muatan asid Hidroklorik terbalik langgar lori 10 tan
Tiada kebocoron asid dilaporkan berlaku dan pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan.
Treler dengan muatan ammonium nitrat terlibat nahas
Sebuah lori membawa muatan ammonium nitrate manakala sebuah lagi muatan skru.
Gas bocor di kilang berdekatan KLIA, tiada kemalangan jiwa
Satu kejadian kebocoran gas berlaku di sebuah kilang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Lori tangki terbalik, diesel tumpah atas jalan
Mangsa iaitu pemandu lori seorang lelaki berusia 23 tahun telah dikejarkan ke Hospital Port Dickson
Kebocoran gas dalam ambulans, seorang petugas kesihatan maut
Seorang petugas Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Port Dickson maut manakala tiga lagi didapati tidak sedarkan diri selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam ambulans dinaiki mereka.
Tangki bahan kimia pecah, mangsa pening dan muntah
Siasatan mendapati terdapat tumpahan bahan kimia iaitu methyltriocdylam monium chloride, hydrogen peroxide solution, n-methyl cyclohexylamine.
Pengantin positif COVID-19, majlis perkahwinan diteruskan pakai sut hazmat
Susulan pengantin perempuan disahkan positif COVID-19, pasangan India meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan berpakaian sut hazmat.
Warga Bangladesh maut terjerumus dalam tangki kumbahan minyak sawit
Seorang lelaki warga Bangladesh maut, selepas terjatuh ke dalam tangki kumbahan minyak sawit ketika melakukan kerja pemasangan paip bomba.
Wanita warga Kanada dikhuatiri positif koronavirus dibawa ke HKL
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan menerima laporan berkenaan seorang wanita warga Kanada yang dikhuatiri dijangkiti Novel Koronavirus (2019-nCoV) di ibu negara.
Pencemaran Udara: NGO sumbang 200 biji buah kelapa kepada mangsa
Susulan pencemaran udara di Pasir Gudang sejak khamis lalu. pihak berkuasa terus melakukan pemantauan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.