KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'kurang' terhadap Lotte Chemical Titan Holding Bhd dengan menjangkakan kumpulan akan merekodkan satu lagi kerugian besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23) ekoran harga jualan purata (ASP) yang lebih rendah disebabkan tambahan kapasiti global yang ketara dan permintaan lemah.
Ini berikutan kumpulan merekodkan kerugian bersih teras sebanyak RM317 bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022, mengatasi kerugian besar pada suku sebelumnya sebanyak RM290 juta.
Susulan itu, kerugian bersih teras kumpulan bagi separuh kedua melebar kepada RM607 juta berbanding RM9 juta pada separuh pertama, menjadikan kerugian bersih teras bagi FY22 sebanyak RM515 juta, tertinggi sejak ia disenaraikan semula pada 2017.
Menurut firma itu, kerugian tersebut disebabkan penurunan ASP yang lebih pantas apabila permintaan pengguna terhadap barangan semakin berkurangan ekoran tekanan inflasi dan kenaikan kadar faedah.
"Disebabkan kerugian yang dialaminya ini, kami menjangkakan Lotte Chemical Titan mungkin tidak akan mengisytiharkan sebarang dividen bagi FY22, atau sebarang interim atau dividen akhir bagi FY23 (kerana kami menjangkakan satu lagi kerugian besar bagi tahun kewangan seterusnya).
"Namun begitu, kumpulan akan membayar 13.98 sen dividen khas pada Disember 2022 kerana ia mempunyai lebihan tunai (selain 18 sen yang dibayar pada November 2021), mencetuskan kenaikan harga saham 24% pada November 2022," katanya dalam nota kajian hari ini.
CGS-CIMB menjangkakan kerugian bersih teras kumpulan akan meningkat sebanyak 16% bagi FY23 ekoran anggaran ASP petrokimia yang lebih rendah.
Bagaimanapun, kerugian bersih teras bagi FY24 akan bertambah baik kepada ramalan keuntungan bersih teras memandangkan ASP mungkin kembali pulih susulan jangkaan pemulihan ekonomi global.
Firma itu berkata, pemangkin kepada penurunan penarafan bergantung kepada kelembapan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, kos sara hidup dan kadar faedah yang lebih tinggi yang akan menjejaskan perbelanjaan pengguna tahun ini, sebahagiannya mengimbangi sekatan COVID-19 di China.
"Dari segi bekalan, kami menjangkakan pertumbuhan bekalan polimer dan MEG global melebihi pertumbuhan permintaan tahun ini, dan harga yang lebih rendah akan menyusul, kemungkinan mengatasi sebarang penurunan kos naphtha pada 2023.
"Malah, kumpulan juga mungkin berdepan lebih banyak persaingan memandangkan pengeluar tempatan menyasarkan untuk menjalankan sepenuhnya operasi kilang Pengerang menjelang akhir tahun ini," jelasnya.
Setakat 9.30 pagi, harga sahamnya susut 13 sen atau 8.28% kepada RM1.44 dengan 2.02 juta saham diniagakan. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 02 2023

CGS-CIMB menjangkakan kerugian bersih teras kumpulan Lotte Chemical Titan meningkat 16% bagi FY23 ekoran anggaran ASP petrokimia yang lebih rendah. - Foto DagangNews.com
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Lotte Chemical mungkin tidak isytihar dividen, diunjur catat satu lagi kerugian besar bagi FY23 - CGS-CIMB
Kumpulan merekodkan kerugian bersih teras sebanyak RM317 bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022.