Jemaah Majlis Diraja Johor menafikan Sultan Johor terlibat dalam cadangan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang menimbulkan kontroversi dan kritikan umum kerana membuka ruang kepada campur tangan istana dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Abdul Rahim Ramli menegaskan rang undang-undang itu digubal oleh kerajaan negeri dan sultan sama sekali tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
"Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri. Ia adalah hak kerajaan negeri untuk mencadangkan apa-apa undang-undang yang boleh memberi manfaat kepada rakyat," kata dalam satu sidang media di Pejabat Istana Jabatan Diraja Johor, petang tadi.
Sidang media khas itu diadakan bagi menepis spekulasi kononnya rang undang-undang kontroversi itu dicadangkan oleh pihak istana dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah terpaksa mengikut kehendak sultan.
Rang undang-undang kontroversi itu dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Johor hari ini dengan pindaan yang mengeluarkan semua peruntukan berhubung kuasa sultan dalam lembaga itu. Kuasa sultan yang dikekalkan hanya atas nasihat menteri besar.
Tegas Abdul Rahman, peruntukan enakmen yang diluluskan oleh DUN Johor itu bukan bertujuan menyerahkan kuasa eksekutif kepada raja dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
"Rang undang-undang ini dibuat selaras dengan peruntukan Akta Parlimen dan adalah konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Raja hendaklah dengan kuasa undang-undang dan secara kebiasan mendengar nasihat. Oleh itu tidak ada konflik atau percanggahan dengan amalan demokrasi, raja berpelembagaan, undang-undang persekutuan negeri atau dasar kerajaan persekutuan negeri," katanya.
Jelas beliau lagi, undang-undang tubuh negeri juga menetapkan tiga badan yang boleh memberi nasihat kepada raja iaitu menteri besar dan majlis mesyuarat kerajaan negeri, jemaah majlis diraja dan jemaah pengampunan negeri.
Astro Awani
Mon Jun 09 2014

...

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

LPHJ 2014: Sultan tiada campur tangan, kata Jemaah Majlis Diraja Johor
Jemaah Majlis Diraja Johor menafikan Sultan Johor terlibat dalam cadangan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.