Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini dalam usaha untuk membangunkan produk hiliran baharu iaitu pelet makanan haiwan ruminan yang dihasilkan daripada sisa buah berkenaan.
Pengerusinya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata kajian untuk membangunkan produk terbaharu itu kini sedang giat dijalankan bersama FGV Holdings Bhd untuk memastikan ia dapat menembusi pasaran tahun depan.
"Kajiannya sudah bermula sejak tahun lepas dengan kita bekerjasama dengan FGV tetapi projek pertama untuk skala industri hanya dijangkakan dapat dilakukan pada November tahun ini di Pahang.
"Kita yakin dengan usaha terbaharu ini dapat memberi nilai tambah kepada industri nanas selain akan meningkatkan pendapatan para penanam nanas," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Taklimat Program dan Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas di Dewan Auditorium Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, pada Ahad.
Program itu yang dianjurkan bersama Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia (KAF) Wilayah Segamat turut dihadiri oleh Pengerusi KAF Wilayah Segamat, Datuk Asri Haris dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) LPNM Mohd Khairuzamri M. Salleh.
Mengulas lanjut, Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata pelet makanan haiwan ruminan itu bersifat lebih 'hijau' (mesra alam) berbanding makanan haiwan sedia ada selain mempunyai kandungan nutrien yang lebih baik dari segi tenaga dan serat.
"Kita jangkakan ia boleh didapati oleh pengguna pada tahun depan. Cuma, sekarang kita perlu mengatur (mengurus) soal sisa nanas ini kerana umum tahu, seluruh negara ada tanaman nanas.
"Jadi mungkin kita (LPNM) akan menubuhkan hab-hab tertentu yang lebih strategik untuk membolehkan pekebun menghantar sisa nanas mereka ke situ, kemudian baru kita akan lakukan semi proses untuk dihantar ke kilang bagi hasilkan produk akhir," katanya.
Mengenai program yang dihadiri 150 peserta itu, Dr Sahruddin berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan menyebarluaskan maklumat mengenai kepelbagaian sumber ekonomi pertanian nanas kepada warga Felda terutamanya generasi baharu.
Ini sejajar dengan perkembangan industri buah nanas yang menyaksikan permintaan tinggi daripada masyarakat global termasuk China.
Tambahan pula, katanya, Johor masih mempunyai banyak tanah yang boleh dibangunkan untuk penanaman nanas seperti di Segamat dan juga Kota Tinggi.
"Jadi harapan saya, sekiranya ada tanah, berbincanglah dengan LPNM supaya kami boleh beri nasihat termasuk dari segi bantuan kewangan yang disediakan untuk menjayakannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 20 2020

Sahruddin (kiri) menyampaikan sijil kursus taklimat Program dan Pengurusan Teknologi Penanaman Nanas kepada Hamidon Adon pada Perasmian Penutup Taklimat Program dan Pengurusan Teknologi Penanaman Nanas. - BERNAMA
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang beliau pengerusikan pada Sabtu.

Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal kini adalah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor.

PRN Johor: PN harap SOP mesra pengundi, kempen
Perikatan Nasional (PN) Johor yakin prosedur operasi standard (SOP) yang dimuktamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bersifat 'mesra kempen pilihan raya dan pengundi.'

LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini dalam usaha untuk membangunkan produk hiliran baharu iaitu pelet makanan haiwan ruminan yang dihasilkan daripada sisa buah berkenaan.

UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal sekali lagi menegaskan kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang meninggal dunia, Isnin lepas, negatif bagi jangkitan Influenza A.

Pemberian bantuan khas nelayan bukan isu - MB Johor
Kerajaan negeri Johor menyifatkan pemberian bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 yang diumumkan semalam, tidak sepatutnya dijadikan isu

Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial.

Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM
Istana Johor tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pegawai KPI lapor prestasi portfolio barisan Exco Johor - MB
Meskipun baru hampir tiga minggu memegang jawatan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal mempunyai visi dan misi jelas mahu melihat negeri itu lebih maju dan makmur di bawah pentadbirannya.