SHAH ALAM: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis.
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan, gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
“Kerja baik pulih gangguan suis landasan sedang dijalankan. Tren dipandu secara manual di Stesen Kelana Jaya ke Taman Bahagia.
“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Khamis.
Susulan itu, tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata pengguna LRT Laluan Kelana Jaya menzahirkan kekecewaan kerana terpaksa berdepan dengan kelewatan pada waktu puncak.
Menurut pengguna media sosial, X, @heythisismira berkata, masalah gangguan suis ketika waktu sibuk di LRT Laluan Kelana Jaya benar-benar tidak boleh diterima.
“Saya menerima permohonan maaf daripada mereka (Rapid Rail), tetapi adakah pihak anda akan memberi pampasan kepada pengguna yang kehilangan masa?
“Keadaan itu membuatkan saya lewat pergi ke tempat kerja daripada kebiasaan,” katanya.
Sementara itu, @dklittlestar berkata, LRT Lauan Kelana Jaya mengambil masa selama 35 minit untuk melalui dua stesen.
"Saya bergerak dari Stesen Subang Jaya pada jam 8.25 pagi dan kini sudah jam 9 pagi, baru sahaja tiba di Stesen Ara Damansara. 35 minit untuk melalui dua stesen," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 23 2024
![LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716429805_LRT.jpg)
Operasi perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Banjir: LRT laluan Kelana Jaya tergendala Banjir: LRT laluan Kelana Jaya tergendala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728970126_LRT.jpg)
Banjir: LRT laluan Kelana Jaya tergendala
Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya terjejas pada pagi Selasa susulan landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju dinaiki air banjir.
![LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716429805_LRT.jpg)
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
![Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672391594_TrenGenerasiBaru.jpg)
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis pada landasan selesai pada jam 6.42 petang tadi.
![Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668297528_TrenGenerasiBaru.jpg)
Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
![Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642829119_LRTrapidKLRapid.jpg)
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang tadi telah kembali pulih.
![LRT bertembung: Laporan siasatan siap, akan dibawa ke Kabinet esok - Wee Ka Siong LRT bertembung: Laporan siasatan siap, akan dibawa ke Kabinet esok - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623126134_WeeKaSiong.jpg)
LRT bertembung: Laporan siasatan siap, akan dibawa ke Kabinet esok - Wee Ka Siong
Laporan dibuat secara profesional, komprehensif dalam perinciannya dan dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari
![LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621917846_MohamadZainalAbdul.jpg)
LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi
ACP Mohamad Zainal minta orang ramai beri ruang kepada pasukan panel penyiasat khas menjalankan siasatan secara menyeluruh.
![LRT bertembung: Anggota bomba alami kesukaran keluarkan mangsa LRT bertembung: Anggota bomba alami kesukaran keluarkan mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621871938_LRTkemalangan.jpg)
LRT bertembung: Anggota bomba alami kesukaran keluarkan mangsa
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengalami kesukaran ketika mengeluarkan mangsa kejadian tren bertembung berhampiran Stesen KLCC pada Isnin.
![LRT bertembung: PM arah siasatan penuh, ambil tindakan tegas segera LRT bertembung: PM arah siasatan penuh, ambil tindakan tegas segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621870245_LRTkemalangan.jpg)
LRT bertembung: PM arah siasatan penuh, ambil tindakan tegas segera
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau memandang serius kejadian ini serta mendesak supaya tindakan tegas diambil dengan segera.
![Lelaki berkelakuan tak senonoh dalam tren direman tiga hari Lelaki berkelakuan tak senonoh dalam tren direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540654838_GangguanSeksual.jpg)
Lelaki berkelakuan tak senonoh dalam tren direman tiga hari
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tahanan berkenaan.