GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang bersama Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) sedang meneroka sistem 'low to medium-capacity' bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata Lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan pula akan memilih jenis di bawah sistem LRT berkenaan berdasarkan unjuran penumpang dan keperluan negeri.
"Apabila kita bincang mengenai LRT, ramai bayangkan LRT seperti di Kelana Jaya Line, ia medium high-capacity iaitu 15,000 hingga 30,000 penumpang sejam sehala dan ini sistem yang tidak sesuai untuk Pulau Pinang.
"Kita pun memang tidak akan pilih satu sistem seperti Kelana Jaya Line. Kita akan memilih sistem yang scalable, boleh mula dengan frekuensi lebih kurang tren dua gerabak supaya apabila kita hendak tambah di masa hadapan, kita boleh letak tiga atau empat gerabak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zairil berkata pemilihan mod pengangkutan bersesuaian akan diputuskan selaras dengan keperluan unjuran penumpang dan kos pembangunan serta pengoperasian yang berkadaran dengan kemampuan kewangan.
Bagi mengoptimakan kos pembangunan infrastruktur, beliau berkata kerajaan mempertimbangkan pembinaan secara modular dengan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.
Beliau berkata reka bentuk terperinci bagi pembinaan LRT sememangnya mengambil kira penggunaan sumber elektrik yang mencukupi dengan setiap stesen akan saling dihubungkan dengan Traction Power Sub Station (TPSS) yang akan membekalkan bekalan elektrik kepada sistem tren kelak.
Projek LRT dengan jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral itu, dijangka dimulakan pada September atau Oktober tahun ini.
Mengenai pelaksanaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Zairil berkata setakat ini tiga NADI beroperasi di Pulau Pinang iaitu di kawasan Sungai Pinang, Tasek Gelugor dan Taman Prestij.
Sementara itu, 11 lagi sudah disiapkan termasuk di KADUN Permatang Pasir, Seberang Jaya, Perai, Bukit Tengah, Machang Bubuk, Berapit, Sungai Bakap, Pengkalan Kota, Komtar, Pulau Betong dan Bertam.
Beliau berkata 10 NADI pula dijangka disiapkan pada 31 Mei ini yang melibatkan KADUN Bagan Dalam, Bagan Jermal, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Sungai Acheh, Air Putih, Air Itam, Bayan Lepas, Pulau Tikus dan Batu Maung.
Persidangan DUN bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Zairil berkata Lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan akan memilih jenis di bawah sistem LRT berkenaan berdasarkan unjuran penumpang dan keperluan negeri. - Gambar fail/Sinar Harian

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat keselamatan produk Gummy bentuk mata
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung keselamatan produk gula-gula gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
JPN dan pihak sekolah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar penjualan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah tidak berlaku.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.

Projek pembinaan MRT3 hanya akan bermula pada 2027 - CEO MRT
Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.

Rundingan kontrak LRT Pulau Pinang antara MRT Corp, kontraktor pada peringkat akhir
Rundingan kontrak projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dengan kontraktor SRS Konsortium kini pada peringkat akhir.

Pembangunan infrastruktur rel RTS Link capai kemajuan 83 peratus - Anthony Loke
Kemajuan kerja-kerja pembinaan infrastruktur rel projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura telah mencapai 83 peratus setakat akhir Julai lepas.

Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke
Jajaran bagi Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan.

Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.

LRT Pulau Pinang: Kerajaan negeri, MRT Corp teroka sistem 'low to medium capacity'
Kerajaan Pulau Pinang bersama Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) sedang meneroka sistem 'low to medium-capacity' bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.

MRT3 : Proses pengambilalihan tanah secara berperingkat tahun depan
MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad.

Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.