KUALA LUMPUR: Majikan boleh memberi kelonggaran termasuk memberi kebenaran masuk lewat ke pejabat atau bekerja dari rumah bagi pekerja yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya yang dijangka selama seminggu.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan boleh mempertimbangkan opsyen berkenaan, bergantung kepada sifat pekerjaan yang terlibat.
"Sebagai majikan, kita faham apabila timbul situasi begini. Jika tiada kerja yang mendesak, boleh diberi kelonggaran untuk masuk lambat daripada kebiasaan.
"Jadi berdasarkan sifat pekerjaan, beberapa pilihan boleh dipertimbangkan oleh majikan. Pekerja juga adalah orang yang munasabah. Jika ada mesyuarat penting, mereka akan mencari jalan untuk menjalankan tugas mereka," katanya dalam reaksi ringkas kepada Astro AWANI, pada Khamis.
Tambahnya, pengurusan sesebuah syarikat dan majikan seharusnya diberi peluang untuk menentukan yang terbaik, manakala pekerja pula tidak boleh menjadikan situasi itu sebagai alasan untuk tidak menjalankan tugas.
"Sebaiknya kita serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan. Perlu diingat, masih banyak syarikat menggunakan waktu kerja flexi. Kita tidak boleh memberi alasan masalah pengangkutan dan tidak melakukan kerja.
"Kita semua adalah orang yang bertanggungjawab. Semuanya munasabah apabila kejadian seperti ini berlaku," sambungnya.
Terdahulu, operator LRT iaitu Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil, dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya pada Sabtu dan Isnin lalu.
Susulan itu untuk tempoh seminggu sehingga 15 November, 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya tidak beroperasi akibat masalah teknikal, menjejaskan lebih 200,000 pengguna.
Madiha Abdullah
Thu Nov 10 2022

Dr Syed Hussain berkata, majikan boleh mempertimbang opsyen lain namun ia juga perlu melihat pada sifat pekerjaan itu. - Gambar fail/Bernama

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke
Laporan berkenaan akan memberi gambaran mengenai sejauh mana kerosakan struktur itu memberi kesan dari aspek keselamatan.

Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.

Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.

Gangguan LRT: Ujian penuh esok tentukan pembukaan semula perkhidmatan
Tarikh pembukaan perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya akan bergantung kepada hasil pengujian yang akan bermula malam ini.

Gangguan LRT: Wee Ka Siong tidak tolak kemungkinan sabotaj
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).

LRT tergendala: Majikan boleh pertimbang beri kelonggaran kepada pekerja - MEF
Majikan boleh memberi kelonggaran termasuk memberi kebenaran masuk lewat ke pejabat atau bekerja dari rumah bagi pekerja yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Gangguan LRT: Ujian pergerakan tunjuk hasil positif selepas penambahbaikan - Prasarana
Ujian selanjutnya akan dijalankan bersama pakar 'original equipment manufacturer' (OEM) dari Kanada dan Dubai.

Prasarana peruntuk RM250 juta naik taraf pencawang elektrik LRT Laluan Kelana Jaya
Prasarana umum langkah yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.

Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam
Beratus-ratus pengguna perkhimatan Transit Aliran Ringan (LRT) terkandas pagi ini susulan gangguan bekalan elektirk dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.