KUALA TERENGGANU: Hampir 13,000 ekor lembu daripada 695 premis di negeri ini telah menerima vaksin untuk penyakit kulit kental (LSD) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sejak Oktober lepas hingga April tahun ini.
Pengarah JPV Terengganu Dr Anun Man berkata, selain peruntukan kerajaan pusat melalui JPV, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM100,000 untuk perolehan bekalan vaksin LSD di negeri itu.
Beliau berkata hasil pemantauan, pihaknya telah mengenal pasti 50 kes positif LSD daripada 25 premis ternakan dan melupuskan 43 ekor lembu yang positif penyakit itu tahun lepas.
"Hasil program pemvaksinan dan pemantauan berterusan, JPV Terengganu memberi jaminan semua ternakan lembu yang diperiksa adalah selamat untuk pasaran di negeri ini terutama menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi.
"Kami akan meneruskan program pemvaksinan ini dengan tumpuan di kawasan 'panas' yang menjadi risiko utama jangkitan penyakit kepada penternak berdaftar di seluruh Terengganu. Daripada bancian, Terengganu mempunyai hampir 5,000 penternak dengan populasi ternakan lembu 85,000 ekor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ini, terdapat 121 jenis penyakit yang wajib dilaporkan kepada JPV dan ia telah diwartakan di bawah Seksyen 2 Akta Binatang 1953 (Akta 647) supaya langkah pencegahan dapat diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan jabatan itu.
Dalam pada itu, Dr Anun berkata JPV Terengganu berjaya menggagalkan 13 kes cubaan pemindahan ternakan tanpa permit dengan lucut hak keseluruhan berjumlah RM45,564 pada 2020 dan 17 kes dengan lucut hak keseluruhan berjumlah RM34,000 tahun lepas.
"Setiap pergerakan haiwan ternakan memerlukan Akuan Kebenaran Pindah (AKP) yang dikeluarkan oleh JPV. Tujuannya adalah untuk mengetahui status ternakan tersebut sebelum dipindahkan seterusnya dapat mengawal risiko penyakit merebak ke kawasan lain.
"Prosedur pemindahan ternakan akan melibatkan pemeriksaan kesihatan dan persampelan serta hanya ternakan sihat sahaja boleh dipindahkan. Semua langkah ini adalah untuk memastikan keselamatan makanan kepada pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM100,000 untuk perolehan bekalan vaksin LSD di negeri itu. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran.

Korea Selatan sahkan kes baharu LSD
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang lembu di Wonju, 86 kilometer tenggara Seoul.

Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu
Penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.

Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.

DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.

LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia
Australia sedang menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu dari empat fasilitinya kerana bimbang penularan wabak.

Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."

Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.