KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu menyemak dan menstruktur semula strategi pelaburan dengan tidak menumpukan ia dalam syarikat subsidiari bagi mengurangkan risiko pelaburan serta kebergantungan pendapatan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, LTAT juga disyorkan supaya mempertingkatkan tatakelola pengurusan pelaburan dengan menambah baik polisi pelaburan supaya saham yang mengalami kerugian berpanjangan dapat ditangani.
Selain itu, sebagai tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi pelaburan dan keupayaan pembayaran dividen, LTAT juga perlu memastikan asas pengisytiharan dividen berdasarkan keuntungan nyata supaya tidak menjejaskan keupayaan membayar kepada pencarum yang layak pada masa hadapan.
"Pihak audit mendapati penjejasan nilai pelaburan yang tidak dibuat dan pembayaran dividen kepada pencarum berasaskan keuntungan bukan tunai boleh menyebabkan LTAT menghadapi risiko kecairan tunai pada masa hadapan," menurut laporan itu.
LTAT, yang berfungsi untuk menyediakan faedah persaraan dan faedah lain bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain pangkat, merekodkan pendapatan berjumlah RM0.653 bilion pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak RM0.139 bilion atau 27 peratus berbanding RM0.514 bilion pada tahun sebelumnya.
"Untung bersih LTAT turut meningkat berjumlah RM0.050 bilion (13.1 peratus) kepada RM0.433 bilion pada 2022 berbanding 2021 iaitu RM0.383 bilion. LTAT telah membuat pembayaran dividen 2022 kepada pencarum sejumlah RM0.476 bilion (lima peratus) dengan menggunakan untung bersih dan keuntungan terkumpul," menurut laporan itu.
Laporan itu juga turut memaklumkan bahawa rizab LTAT bagaimanapun merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020.
Pada 2020, rizab LTAT adalah sebanyak RM0.376 bilion, RM0.285 bilion pada 2021 dan RM0.338 bilion pada 2022.
"Sehingga 31 Disember 2022, masih terdapat 41 portfolio saham lama belum diambil tindakan dengan kerugian tidak nyata berjumlah RM0.662 bilion yang menyumbang kepada rizab berbaki negatif," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

LTAT juga disyorkan supaya mempertingkatkan tatakelola pengurusan pelaburan dengan menambah baik polisi pelaburan supaya saham yang mengalami kerugian berpanjangan dapat ditangani. -Gambar fail/Dagang News
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.

Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan lebih baik pada 2023, catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Kewangan kerajaan Persekutuan catat peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion pada 2023.
![[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi [KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727275463_Penipuankontrak.jpg)
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.

KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.

LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.

'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.