Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha membangunkan Bukit Kayu Hitam sebagai hab logistik di utara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata penaiktarafan LTSAH perlu dilakukan sebagai tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang bersempadan dengan Thailand.
"Selepas berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua dan untuk memajukan Bukit Kayu Hitam, kita perlu menaik taraf Lapangan Terbang Alor Setar (Sultan Abdul Halim) untuk tempoh lima tahun ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.
"Penaiktarafan ini sangat sesuai untuk pembangunan logistik Bukit Kayu Hitam selain ia bersempadan dengan Thailand yang potensinya sangat besar," katanya ketika berucap merasmikan Penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darulaman di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dengan penaiktarafan itu nanti, LTSAH akan memberi kemudahan kepada rakyat Kedah dalam urusan menunaikan haji dan umrah.
Beliau berkata kerajaan Pusat yakin dapat merealisasikan hasrat tersebut demi pembangunan Kedah khususnya.
"Insya-Allah, kita boleh laksanakan," kata beliau.
Mengenai Langkawi, Najib berkata dalam usaha untuk menjadikan pulau itu sebagai pintu masuk ke negara ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diarah memasukkan 'aerobridge' dalam kerja-kerja membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
"Ia untuk penerbangan terus dan jika tiada 'aerobridge', pesawat besar seperti Emirates tidak akan datang ke negeri ini. Mereka perlukan 'aerobridge' bagi tujuan itu," katanya.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa Kedah tidak akan dipinggirkan malah, terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan.
Najib berkata ia sebagai penghargaan kepada Kedah yang merupakan negeri jelapang padi negara.
"Kerajaan negeri Kedah memerlukan sokongan daripada kerajaan Pusat kerana sumber kewangan hasil negeri amat terbatas...kita harus menghargai Kedah," kata beliau.
Beliau berkata setiap bantuan diberikan kerajaan Persekutuan kepada rakyat bukanlah 'dedak' seperti ditohmahkan pihak pembangkang sebaliknya ia adalah sebagai langkah kerajaan untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.
"Jangan hina rakyat...mereka tetap dapat pembelaan daripada kerajaan Persekutuan," kata beliau.
Najib berkata antaranya adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menyaksikan hampir 600,000 rakyat Kedah menerima bantuan itu.
Beliau berkata ini membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutan dalam membantu golongan memerlukan untuk memenuhi keperluan asas mereka.
"Sekurang-kurangnya depa (mereka) berasap dapur dan keperluan asas dapat. Ini bukan 'dedak' dan ini merupakan sumbangan yang kerajaan berikan kepada rakyat memerlukan. BR1M akan kita teruskan," kata beliau.
Mengenai masalah bekalan air di negeri ini, Najib mengulangi komitmennya untuk membantu rakyat Kedah menikmati kemudahan asas itu menerusi peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf lima loji rawatan air.
"Lima loji ini akan dilaksana secara berfasa dan banyak lagi nikmat yang rakyat dapat dan saya mengharapkan Kedah terus kekal di bawah teraju Barisan Nasional," kata perdana menteri.
Najib kemudian melancarkan Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2019-2035 yang antara lain memberi empat tumpuan elemen utama iaitu mempelbagaikan asas ekonomi negeri, melonjak pembangunan holistik lagi berdaya mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menyediakan negeri ini dengan kekuatan jati diri, modal insan dan tenaga muda selaku impetus (dorongan) utama.-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 03 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Penutup Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman hari ini.- Foto Bernama
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.