JOHOR BAHRU:Polis Johor akan mendapatkan kerjasama Polis Selangor bagi mengenal pasti tiga individu yang didakwa sebagai anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang mengugut mahu membunuh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Ancaman bunuh itu diterima Ayob Khan dua minggu lalu menerusi panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kepada pegawainya.
"Ini maklumat tuan-tuan, katanya ada tiga orang anggota LTTE yang datang dari Selangor, ke Johor, untuk membunuh saya.
"Kita sedang buat siasatan untuk dapatkan lebih maklumat," kata Ayob Khan di sini, hari ini.
Jelasnya, ugutan seumpama itu bukan perkara baharu baginya.
Namun, beliau menegaskan, pihaknya tidak mengambil ringan ugutan sebegitu itu sama ada terhadap dirinya atau mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Ayob Khan, motif ugutan bunuh itu masih belum dapat dipastikan ketika ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ia sekadar mahu memanaskan semula isu LTTE.
Pada 18 Disember lalu, Ayob Khan mendedahkan bahawa beliau menerima ugutan daripada anggota LTTE yang mahu membunuhnya.
Katanya, ugutan tersebut diterimanya pada minggu sebelumnya, dilakukan oleh tiga anggota LTTE yang berada di Selangor.
"Ugutan itu mengatakan tiga anggota LTTE akan datang ke Johor untuk membunuh saya.
"Ini ugutan terbaharu yang saya terima," katanya menerusi Sinar Live bertajuk 'Biar Diancam, Saya Tidak Gentar!' yang bersiaran secara langsung dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru ketika itu.
Ernalisa Othman
Sun Dec 20 2020

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Menteri dedah ada pengusaha stesen minyak diugut penyeludup diesel
KPDN mendedahkan ada pengusaha syarikat minyak diugut kerana tidak membenarkan pihak yang disyaki menyeludup diesel mengisi minyak.

Pempengaruh maut: Seorang lagi pengguna TikTok ditahan
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang di Setapak.

Isu stoking tertera kalimah Allah: Polis Johor terima 25 laporan setakat ini
Polis Johor telah menerima 25 laporan daripada pelbagai pihak berhubung isu kalimah Allah tertera pada stoking setakat ini.

Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.

Ada gerakan terancang sogok, ugut MP Bersatu - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa menerima maklumat terdapat gerakan terancang bagi melemahkan parti itu dan Perikatan Nasional.

Panggil duta, wakil negara jika benar Malaysia terima ugutan isu Palestin - Pas
Katanya, tindakan itu wajar bagi menyampaikan bantahan Malaysia, berbanding membuat kenyataan terbuka tanpa penjelasan mengenainya.

Palestin-Israel: Malaysia tidak takut dengan ugutan - PM Anwar
Perdana Menteri mendedahkan Malaysia mula dikritik dan 'diserang' oleh negara-negara kuasa besar susulan kelantangan membela hak Palestin.

PRN: Calon Bebas, M Satees buat laporan polis dakwa terima ugutan
M Satees membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan daripada calon sebuah parti politik yang bertanding di kerusi sama serta beberapa individu lain.

Anwar dakwa terima ugutan daripada 'geng penyakau besar'
Anwar dakwa terima ugutan daripada 'geng penyakau besar'

Ketua Polis Pulau Pinang terima enam keping 'duit mayat', nota amaran
Nota itu meminta polis Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen.