RAUB: Sebanyak 54 peratus daripada hampir 300 kilometer (km) laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong dekat sini telah siap.
LTU dahulunya dikenali sebagai projek Central Spine Road (CSR).
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya yakin sasaran siap keseluruhan LTU pada 2026 dapat direalisasikan berdasarkan kepada perkembangan semasa pembinaan.
"Walaupun kita meletakkan sasaran (siap) tahun 2026, pada lawatan saya dan pertemuan dengan kontraktor, kita mahu kalau mereka boleh laksanakan, sasaran ini dapat dicapai lebih awal iaitu 2025," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pembukaan LTU Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap di sini pada Sabtu, yang dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Abdul Rahman optimis sasaran pembukaan lebih awal keseluruhan lebuh raya itu dapat dilaksanakan, mengambil kira pembukaan Seksyen 5B sepanjang 16km, juga siap dua bulan lebih awal.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata pembinaan LTU bukan hanya memudahkan perjalanan dari ibu negara ke Kelantan, tetapi juga menjimatkan kos bahan api dan mengurangkan kesesakan khususnya pada musim perayaan dan cuti sekolah kerana tidak perlu melalui beberapa kawasan bandar.
"Pembinaan lebuh raya secara automatik juga membawa limpahan ekonomi dan menjadi nilai tambah serta selari dengan fokus kerajaan negeri mahu meningkatkan ekonomi di kawasan Pahang Barat.
"Penyediaan infrastruktur seperti ini juga dapat menarik pelabur datang, kerana mereka menilai kemudahan yang ada sebelum membuat keputusan (untuk melabur)," katanya.
Dianggarkan sekitar 500,000 kenderaan akan menggunakan LTU pada waktu puncak termasuk menjelang Aidiladha pada minggu hadapan.
Sehubungan itu, Wan Rosdy menasihatkan pengguna bukan hanya berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya, namun turut mengamalkan sikap menjaga kemudahan tersebut.
Pembukaan rasmi Seksyen 5B bermula tengah malam ini, selepas mula dibina pada 14 Mac 2018 melibatkan kos RM294.6 juta, antaranya melibatkan pembinaan jalan empat lorong dua hala, lima jambatan dan dua vehicular box culvert (VBC).
Sebelum ini, pengguna jalan raya dari ibu negara atau Bentong perlu melalui Jalan Laluan Persekutuan 8 iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang untuk ke bandar Raub yang mengambil masa 45 minit dengan jarak lebih 30km, namun kini dapat dipendekkan kepada 18.6km dengan masa 15 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Abdul Rahman optimis sasaran pembukaan lebih awal keseluruhan lebuh raya itu dapat dilaksanakan. - Bernama

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Sultan Pahang titah kerajaan pertimbang semula pembinaan R&R di LTU
Keperluan R&R di lebuh raya berkenaan penting untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Pahang harap R&R LTU diteruskan demi keselesaan, keselamatan pengguna
Meskipun kos mencecah dua kali ganda, kerajaan negeri harap pihak kementerian beri pertimbangan sewajarnya untuk teruskan pembinaan.

Sebahagian LTU Seksyen 5A: Raub Bypass dibuka 12.01 tengah malam ini
Pembukaan jajaran tersebut dapat menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub.

LTU kurangkan masa perjalanan KL-Kelantan kepada 3 jam - KKR
LTU dijangka dapat menyingkatkan masa perjalanan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur-Kelantan kepada tiga jam sahaja, walaupun pada musim perayaan.