AMPANG: Lubang besar berukuran kira-kira satu meter di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang menghala ke Ampang, di sini telah dibaik pulih pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dimaklumkan kejadian itu pada jam 8 malam Selasa.
"Beberapa anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Ampang Jaya telah pergi ke lokasi untuk membuat seliaan dan mengawal aliran trafik di sepanjang lorong tersebut.
"Kon-kon keselamatan juga telah diletakkan bagi menghalang sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, pada jam 7 pagi keesokannya (Rabu), tindakan pembaikan jalan mula dijalankan oleh kontraktor daripada Jabatan Kerja Raya Selangor, laluan lorong tengah ditutup sementara untuk pembaik pulih keadaan jalan yang berlubang.
Katanya, kerja baik pulih lubang jalan selesai kira-kira jam 3 petang dan aliran trafik bergerak lancar.
"Setakat ini, tiada laporan diterima oleh pihak BSPT Ampang Jaya mengenai kemalangan melibatkan lubang terbabit," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023

Lubang berdiameter kira-kira satu meter di MRR2 Hulu Kelang hala Ampang, pada Selasa. Gambar kanan: Lubang berdiameter kira-kira satu meter di MRR2 Hulu Kelang hala Ampang berjaya dibaik pulih pada Rabu. -Foto Sinar Harian

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

Kren tumbang MRR2: Netizen mengeluh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, Selangor hari ini menerima pelbagai reaksi pengguna jalan raya.

Buruh didakwa pandu dengan cuai menyebabkan 4 maut di MRR2
Masrufi Sain, 66, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999).

Jenazah empat maut dalam kemalangan di MRR2 dikebumikan
Jenazah empat maut dalam kemalangan di MRR2 dikebumikan di Kuala Terengganu.