LUIS Rubiales telah meletak jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol susulan kritikan yang diterima selepas mencium penyerang pasukan Sepanyol Jenni Hermoso ketika upacara memberi pingat acara final Piala Dunia Wanita.
Hermoso, 33 tahun, berkata ciuman yang diberikan Rubiales itu tanpa kerelaannya dan membuat aduan rasmi berkaitan kejadian itu pada Selasa lepas.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Rubiales berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada pemangku presiden persekutuan, Pedro Rocha.
"Saya tidak boleh meneruskan kerjaya saya," katanya dalam rancangan 'Piers Morgan Uncensored' pada Ahad.
Rubiales, 46 tahun, juga telah melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Eksekutif UEFA.
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Jumaat lalu, pihak pendakwa raya juga telah memfailkan aduan rasmi kepada Mahkamah Tinggi Sepanyol berkaitan 'serangan seksual' yang didakwa dilakukan Rubiales.
Rubiales mendakwa ciuman itu atas kerelaan kedua-dua belah pihak namun beliau telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Aduan rasmi yang dikemukakan Hermoso bermakna Rubiales mungkin berdepan dakwaan jenayah.
"Selepas penggantungan oleh FIFA, termasuk pendakwaan lain terhadap saya, sudah tentu saya tidak akan dapat kembali jawatan saya," Rubiales berkata dalam kenyataan itu.
Selain itu, 81 pemain pasukan Sepanyol, termasuk kesemua 23 pemenang Piala Dunia Wanita berkata, mereka tidak akan menyertai pasukan kebangsaan jika Rubiales masih menerajuinya.
Pada 29 Ogos lepas, pihak pendakwa raya Sepanyol telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti jika insiden berkenaan boleh diklasifikasikan sebagai serangan seksual.
Di sebalik skandal yang melibatkan Rubiales itu juga, ketua jurulatih yang membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita, Jorge Vilda, turut dipecat Selasa lalu.
Astro Awani
Sun Sep 10 2023

Rubiales berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan ahli keluarga dan kenalan rapat. - Foto AP
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

FIFA gantung Luis Rubiales tiga tahun gara-gara kucup pemain wanita
FIFA menggantung bekas presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol, selama tiga tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Piala Dunia Wanita: Rubiales enggan mohon maaf atas tindakan cium Hermoso
Rubiales sebaliknya terus mengekalkan ciuman itu 'telah dipersetujui'.

Luis Rubiales letak jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol
Rubiales berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan ahli keluarga dan kenalan rapat.

Jenni Hermoso buat aduan rasmi terhadap ciuman Luis Rubiales
Rubiales mendakwa ciuman itu atas kerelaan kedua-dua belah pihak namun beliau telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Sepanyol pecat ketua jurulatih Piala Dunia Wanita
Vilda merupakan satu-satunya anggota kejurulatihan pasukan kebangsaan wanita itu yang tidak meletak jawatan.

Cium pemain: FIFA gantung presiden bola sepak Sepanyol
Luis Rubiales digantung sementara oleh FIFA berikutan tingkah laku presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita minggu lalu.

FIFA mulakan prosiding tindakan disiplin ke atas Rubiales
FIFA telah memulakan prosiding tindakan disiplin ke atas Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales.

Presiden Bola Sepak Sepanyol minta maaf cium bintang Piala Dunia Wanita
Luis Rubiales dirakam mencium bibir Jenni Hermoso ketika upacara penyerahan pingat di Sydney.

Sepanyol pecat Lopetegui di ambang Piala Dunia
Presiden Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales, mengesahkan pemecatan itu dalam sidang media di Krasnodar, pada Rabu.