PADANG RENGAS: Luluh hati seorang ibu apabila anak, menantu dan tiga cucu kesayangannya meninggal dunia serentak dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan, Pahang pada Selasa.
Nahas kira-kira jam 3.40 petang itu mengorbankan Muhammad Rosli Ibrahim, 32, bersama isteri, Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, serta tiga anak, Nur Safwa Irdina,7; Nur Sofea Raida, 6, dan bayi lelaki dikenali sebagai Muhammad Rizqi berusia lingkungan 18 bulan.
Abang kepada Muhammad Rosli, Mohd Yusof, 35, berkata, ibu mereka, Rakiah Md Noh hanya terdiam selepas diberitahu mengenai nahas yang meragut nyawa lima beranak itu.
"Pada awalnya emak tidak percaya namun selepas dia bertanya keadaan cucu, barulah kami berterus terang. Dia terkejut dan cakap 'Allah anak aku'.
"Emak beritahu yang adik beria-ia mengajaknya ke Pahang. Dua kali dia ajak termasuk sebelum bertolak pada malamnya (Isnin).
"Dia sempat telefon tetapi emak menolak kerana jarang ikut untuk perjalanan jauh," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah keluarga di Labu Kubong, Lubuk Merbau di sini pada Rabu.
Menurutnya, orang pertama tahu mengenai kejadian itu adalah abangnya yang menerima khabar menerusi kumpulan WhatsApp.
"Ketika terima gambar kemalangan itu, saya terus cam kerana kereta Toyota Corolla itu baharu dibeli beberapa hari lalu daripada jiran.
"Untuk sedapkan hati saya hubungi adik tetapi talian terputus kemudian saya hubungi adik ipar pula tetapi tidak berjawab. Saya yakin yang Rosli memang terlibat," katanya.
Mohd Yusof berkata, keadaan ibu mereka kini agak stabil dan reda meskipun sekali sekala dilihat mengalirkan air mata akibat terlalu sedih.
"Arwah merupakan anak ke-10 daripada 13 beradik merupakan adik yang cukup ambil berat keadaan ibu dan ringan tulang.
"Ada waktu terluang, dia akan singgah bertanya khabar ibu dan bantu bersihkan rumah meskipun sibuk bekerja sebagai pemandu bas.
"Baru-baru ini kami ada berkumpul bersama di rumahnya di Bagan Serai mengadakan makan-makan.
"Arwah sangat gembira ketika itu hingga belikan anak-anak saudaranya pakaian. Itulah kenangan terakhir kami bersama," katanya.
Katanya, mereka mengetahui perjalanan arwah ke Pahang selepas memuat naik gambar kereta yang diambil di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang di status WhatsApp.
Tambahnya, pengecaman jenazah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan akan dilakukan oleh kakak mereka yang menetap di Johor.
"Urusan tuntutan jenazah akan dilakukan kakak kami dan kesemua akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Labu Kubong untuk dikebumikan dalam satu liang lahad," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 29 2022
Lima sekeluarga maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kuantan pada Selasa. - Foto ihsan pembaca Gambar kecil: Mohd Yusof
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Luluh terima khabar anak, menantu, tiga cucu maut nahas
Mohd Yusof berkata, keadaan ibu mereka kini agak stabil dan reda meskipun sekali sekala dilihat mengalirkan air mata akibat terlalu sedih.