SHAH ALAM: Hati seorang ibu luluh selepas menerima berita anaknya ditendang di kepala hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
Kisah tragis itu dikongsikan oleh ibu mangsa menerusi akaun Facebook milik anaknya memberitahu keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.
Ibu malang itu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada warden asrama dan mendapat tahu kejadian bermula apabila anaknya yang merupakan ketua kelas menegur kawan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
Dakwanya, keadaan itu menyebabkan rakan terbabit tidak berpuas hati lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala secara tiba-tiba.
"Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya ALLAH saja yang tahu isi hati seorang ibu," katanya yang turut memberitahu bahawa anaknya tidak sukakan kekerasan dan keganasan.
Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian.
Setakat ini, dia memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.
Tambah pengguna Facebook itu, ia adalah takdir ALLAH yang amat berat untuk seorang ibu apabila orang lain sanggup bertindak sedemikian kepada anaknya.
"Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama," ujarnya.
Dalam masa sama, dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023
Seorang ibu berkongsi mengenai anaknya yang ditendang di kepala selepas menegur rakan sebar video lucah. - Foto Sinar Harian
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
Keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.
Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Kedua-dua remaja terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum terlanggar sebuah kereta.
Lelaki mengaku tidak bersalah tendang penghantar makanan wanita
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap dua pertuduhan mencederakan dengan niat mengganggu kesantunan seorang wanita, Isnin lalu.
Singapura akan sekat laman sesawang LFL
Kumpulan Lawyers for Liberty didapati tidak patuh satu arahan supaya melakukan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu terhadap kenyataan pada 22 Jan di dalam laman sesawang kumpulan itu.
Tiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM
Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh itu telah hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu.
Polis belum terima laporan kes buli pelajar sekolah
Insiden itu dalam makluman polis dan dipercayai berpunca daripada insiden ejek mengejek yang berakhir dengan kejadian buli, membabitkan pelajar Tingkatan Dua dan Empat di sebuah sekolah menengah.
Memandu di tapak jualan, wanita dakwa diserang di bazar Ramadan
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita berusia 40 tahun itu mengakui mengalami kerugian RM5,000 apabila cermin kereta dan kenderaan yang dipandunya pecah dan rosak.
Insiden pergaduhan cemari saingan bola sepak Sukma
Insiden berpunca daripada provokasi tolak menolak menyaksikan seorang pemain Johor dilihat mula menendang seorang pemain Terengganu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, seketika.
Pemain gitar kumpulan rock didakwa pukul teman wanita
Tindakan panas baran pemain gitar kumpulan Dinamik itu menyebabkan Sharifah Nor Aini Yusof alami patah tulang di pipi dan bawah mata.
Tumbuk emak, remaja dipenjara 5 bulan
Kejadian berlaku di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika si ibu sedang bekerja, mengakibatkan mangsa ketakutan dan trauma.