SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Selangor tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan berkata peruntukan itu membabitkan 23,578 ketua keluarga asnaf fakir dengan jumlah bantuan sebanyak RM11.6 juta, RM18.6 juta kepada 39,936 ketua keluarga asnaf miskin manakala RM1.7 juta diperuntukkan kepada 4,797 asnaf mualaf.
"Setiap penerima mendapat bantuan antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga.
"Bantuan tersebut mula disalurkan bermula hari ini sama ada melalui pembayaran yang dikreditkan ke akaun bank penerima atau menggunakan kaedah baucar tunai mahupun serahan tunai. Semakan status bantuan boleh dibuat secara dalam talian di ezo.zakatselangor.com.my," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Simbolik Bantuan Ramadan dan Hari Raya LZS 2024 di sini, hari ini yang turut hadiri Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Md Yusmizan Yusuf.
Ahmad Fadhil berkata tahun ini, Petaling merupakan daerah yang diperuntukkan agihan zakat tertinggi iaitu sebanyak RM6.2 juta membabitkan 13,045 asnaf fakir, miskin dan mualaf diikuti Klang (RM5.5 juta) dan Hulu Langat (RM4.7 juta).
Beliau berkata bersempena Ramadan ini, sebanyak 18 cawangan LZS di seluruh negeri akan beroperasi tujuh hari seminggu termasuklah Sabtu dan Ahad serta cuti umum sepanjang bulan Ramadan.
Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9 pagi hingga 3 petang, kata Ahmad Fadhil.
"Menariknya pada 1 sehingga 7 Ramadan ini, 10 orang pembayar terawal yang mengunjungi cawangan LZS berpeluang untuk menerima cenderahati eksklusif dengan menyertai putaran 'Wheel of Barakah'.
"Bukan itu sahaja, pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini, turut disediakan cenderahati eksklusif kepada lima orang pembayar terawal yang mengunjungi cawangan LZS bersempena dengan 'Kempen Galakan Bayaran Hujung Minggu'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Ahmad Fadhil semasa sidang media pada Program Simbolik Agihan Perdana Bantuan Ramadan dan Syawal di Kem Bumi Jati Seksyen 30 Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun ini.

Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.

LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.

LZS peruntuk RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf.

LZS peruntuk RM33.4 juta bantuan persekolahan pelajar asnaf, miskin dan mualaf tahun ini
Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Mak paling banyak nasihat, ingatkan saya tentang zakat” - Siti Nurhaliza
"Kalau mahu harta kita bersih daripada perkara-perkara yang tidak diingini, kita kena selalu ingat untuk berzakat."

Asnaf Selangor diminta kemas kini maklumat penyambungan sewa rumah - LZS
Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diminta supaya segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian.