Malaysia bercadang untuk tidak mengenakan bayaran visa terhadap rakyat India yang berbelanja besar sebagai strategi mencapai 29.4 juta ketibaan pelancong asing pada tahun ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Malaysia memerlukan ketibaan dua juta pelancong lagi untuk mencapai rekod baharu itu.
Katanya rakyat India menjadikan Malaysia satu daripada destinasi pilihan utama mereka di ASEAN, dengan mencatat 643,335 ketibaan pelancong dalam tempoh 10 bulan pertama (Januari-Oktober) tahun lepas iaitu pertumbuhan sebanyak 20.7 peratus.
Antara Januari dan September tahun lepas, kira-kira 1.4 juta rakyat India melawat Malaysia dan berbelanja hampir RM1.8 bilion berbanding RM1.3 bilion dalam tempoh sama pada 2013.
India adalah sumber pelancong kelima terbesar bagi Malaysia.
Mohamed Nazri berkata setiap pelancong India kini perlu membayar RM350 hingga RM400 untuk visa dan bayaran berkaitan lain.
Beliau berkata secara purata, setiap pelancong India tinggal selama 6.6 hari di Malaysia dan berbelanja kira-kira RM2,900 sepanjang kunjungan mereka.
"Pelancong India berbelanja besar, terutama untuk membeli-belah, sama seperti pelancong China.
"Kami di kementerian amat gembira sekiranya layanan baik itu turut diberi kepada tetamu kita dari India juga," kata Mohamed Nazri kepada Bernama sebelum melancarkan kempen promosi Myfest 2015 di Mumbai, ibu kota kewangan India di sini, semalam.
Rakyat beberapa negara termasuk China, Korea Selatan dan Jepun telah menikmati kemudahan visa seumpama itu.
Mohamed Nazri berkata kedatangan pelancong India ke Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus meningkat berikutan rancangan empat syarikat penerbangan utama untuk menambah penerbangan terus mingguan masing-masing ke Malaysia.
Ketika ini, terdapat 156 penerbangan mingguan, yang menghubungkan Malaysia dan bandar raya utama India dengan tempat duduk yang ditawarkan berjumlah hampir 30,000.
Menurut Mohamed Nazri, ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah 27.4 juta dan kementerian itu sedang aktif mengadakan kempen, bukan sahaja di India, tetapi juga di benua kecil India lain untuk
mempromosi Malaysia.
"Kami perlu menarik sekurang-kurangnya dua juta lagi pelancong ke Malaysia untuk mencapai sasaran tahun ini dengan anggaran hasil sebanyak RM80 bilion jika kami tidak mahu kalah kepada negara ASEAN lain, yang telah melaksanakan pengecualian itu (pengecualian bayaran visa)," katanya.
Beliau berkata rakyat India yang ingin tinggal lebih lama di Malaysia boleh memilih Program Rumah Kedua Malaysia, yang akan membolehkan mereka tinggal hingga 10 tahun, tanpa memerlukan visa.
Di Mumbai, MyFest 2015 dilancarkan dengan penuh meriah, termasuk melalui persembahan tarian "flash mob' oleh kira-kira 100 belia yang dipadankan daripada tema lagu popular Tourism Malaysia dan Celebrating 1Malaysia.
Persembahan itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas seketika berhampiran hotel ikonik, Taj Mahal Hotel, tidak jauh dari Gate of India Monument, yang merupakan antara mercu tanda terkenal India.
Mohamed Nazri yang tertarik dengan tarian itu, turut menyertainya.
Bernama
Sat Feb 14 2015

Malaysia bercadang untuk tidak mengenakan bayaran visa terhadap rakyat India yang berbelanja besar sebagai strategi mencapai 29.4 juta ketibaan pelancong asing pada tahun ini. -Gambar fail

Khairul Aming labur lebih RM100,000 untuk strim langsung, hasil kandungan berkualiti
Resepi ringkas dan mudah yang selalu disiarkannya pada tengah hari Ramadan itu sering melintasi 'for your page' di TikTok.
PBB seru keamanan, hormat-menghormati sempena Ramadan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyeru kepada keamanan dan saling menghormati menjelang bulan suci Ramadan.
Trump kenakan tarif baharu untuk China, Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan tarif 25% ke atas barangan dari Mexico dan Kanada berkuat kuasa 4 Mac, serta tambahan 10% ke atas import dari China.
Langkah ini diambil susulan aliran masuk fentanyl yang berterusan ke Amerika Syarikat.
Langkah ini diambil susulan aliran masuk fentanyl yang berterusan ke Amerika Syarikat.

Sebutan kes Along Cham didakwa miliki kanabis 7 April
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Sutri Patang manakala Muhammad Nizamuddin diwakili peguam Syed Yusuf Syed Zaid.
Pentagon keluar memo arah singkir anggota tentera Amerika transgender
Satu memo telah dikeluarkan kepada pemimpin Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan mereka untuk menetapkan prosedur bagi mengenal pasti dan menyingkirkan anggota tentera transgender.
Eda Ezrin 'Bae Soba Bae' yakin akan dibebaskan
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail peRcaya dia akan dibebas dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Perlis laksana waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Feb lepas bagi menjaga kebajikan penjawat awam di Perlis.
DUN Ayer Kuning: Perak serah notis kekosongan kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.
Ramadan: Kakitangan kerajaan Perlis nikmati waktu kerja anjal
Semua kakitangan Kerajaan Negeri Perlis akan menikmati jadual waktu kerja anjal dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat bekerja separuh hari sepanjang Ramadan ini.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Dunia Islam alami defisit kepercayaan - PM Anwar
Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.

ASEAN kekal guna cara diplomasi tangani isu Laut China Selatan, elak konflik berlarutan
ASEAN kekal menggunakan kaedah diplomasi pertahanan serta seruan agar mematuhi undang-undang antarabangsa dalam keselamatan maritim bagi menangani isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

ASEAN sepakat kawal penggunaan AI dalam pertahanan, belajar daripada konflik Asia Barat - Khaled
ASEAN bersetuju untuk memperketat kawalan terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pertahanan bagi mengelakkan kesan negatif.

Ancaman keselamatan makin besar, ASEAN perlu bersatu perkukuh pertahanan negara - Khaled
Ancaman keselamatan masa kini melangkaui sempadan negara dan memerlukan kerjasama serantau yang lebih kukuh.

Malaysia tegaskan semula komitmen terhadap hak asasi manusia pada Sesi UNHRC Ke-58
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap hak asasi manusia.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.