KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Maal Hijrah 1446H esok, sebuah acara perhimpunan istimewa dipanggil Malam Ehsan Untuk Insan dianjurkan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam.
Menerusi keterangan pihak penganjur, acara bertemakan Gaza Bangkit yang turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Selangor itu dijangka bakal dibanjiri lebih 60,000 umat Islam bermula dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.
Menyemarakkan lagi kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW termasuk kemelut yang masih berterusan di Gaza, Palestin, pelbagai aturcara pengisian kerohanian dirancang termasuk ceramah pendakwah nusantara, Abdul Somad Batubara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Sani Araby Al-Kahery, acara dengan kemasukan percuma itu disifatkan sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam.
“Tentunya juga acara ini sebagai tanda solidariti berterusan kita buat masyarakat di Palestin.
“Tuntas acara juga sebagai kesatuan hati dan juga kebersamaan Ummah dalam mendepani pelbagai mehnah yakni ujian dan cabaran Allah untuk manusia.
“Ehsan di zaman ini sangat diperlukan oleh setiap Insan. Kasih sayang yang diajarkan Baginda Rasulullah SAW terbaik dijadikan panduan sepanjang zaman untuk kita hidup santun dan diredhai,” kata Sani Araby.
Tambah Sani Araby lagi, orang ramai yang bakal hadir digalakkan memakai pakaian bertemakan #GazaBangkit.
“Kemasukan percuma. Jika boleh bawalah tikar dan payung untuk keselesaan selain sempurnakan solat sebelum majlis.
“Justeru ini juga adalah panggilan khas untuk semua pencinta keamanan dan Palestina untuk hadir beramai-ramai bagi menzahirkan sokongan dan bulatkan tekad perjuangan kita dari kejauhan.
“Marilah kita bersama berhimpun memeriahkan acara sambutan Maal Hijrah ini dengan pengisian ‘Recharge Hati, sekali gus mendengar tausiyah bermakna sebagai tanda solidariti bersama untuk saudara kita di sana,” katanya.
Tambah Sani Araby, program ini juga akan disemarakkan dengan pelbagai aktiviti termasuk berselawat bersama kumpulan qasidah terkenal, Angham Anisah dan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah dan doa awal tahun 1446 Hijrah.
Program ini juga diharap dapat memupuk rasa kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Untuk rekod, Kerajaan memilih Al-Falah Pemacu Malaysia Madani sebagai tema sambutan Maal Hijrah kali ini.
Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
Faida Rahim
Sat Jul 06 2024
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Sani Araby Al - Kahery, acara dengan kemasukan percuma itu disifatkan sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam. - MAPIM
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan
Kejayaan perlaksanaan belanjawan ini terletak pada keupayaan dan kesiapsiagaan penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakannya tahun depan.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan
Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.
Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira
Bermatlamat menawarkan perumahan mampu milik, persekitaran harmoni yang menjelmakan konsep keterangkuman, kemakmuran dan perpaduan.
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.
Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.
PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini
PENA membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI.