SUNGAI PETANI:Seorang lelaki dipercayai penagih dadah sanggup melarikan diri dalam keadaan bogel ketika diserbu anggota penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda dalam serbuan di Merbok, di sini.
Bagaimanapun, dia berjaya ditahan dalam operasi Ops Cegah yang bermula pukul 9 hingga 11.30 pagi Selasa.
Dalam operasi sama, seorang lagi lelaki sanggup melarikan diri dalam keadaan berselut untuk mengelak daripada ditahan namun gagal apabila dia berjaya ditahan pihak berkuasa.
Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak, dalam operasi itu, seramai 15 individu disyaki penagih dadah yang terdiri daripada 15 lelaki dan seorang wanita ditahan di 10 kawasan di daerah itu.
Beliau berkata, operasi dilakukan di Kampung Pengkalan Batu Lintang dan Taman Sri Pinang di Tikam Batu, Flat Payu Nahu 2, Kampung Belakang Klinik dan Kampung Tengkorak Batu di Bukit Selambau, Kampung Baru di Sungai Lalang.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 60 tahun dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemuanya positif dadah.
Arnida berkata, lapan daripadanya positif dadah jenis methampetamine dan morfin manakala lima lagi positif jenis methampetamine sementara dua orang lagi positif ganja.
Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.
Lima daripadanya akan ditahan reman di lokap AADK Kuala Muda manakala 10 yang lain dibebaskan dengan jaminan bersyarat.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Oct 27 2020

Antara penagih yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Muda dalam serbuan di Merbok, Sungai Petani pada Selasa.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

Dadah bernilai RM5.88 juta dirampas, penjaga stor dan 'runner' ditahan
Dengan hanya bekerja sebagai penjaga stor dan menjadi runner, tiga lelaki ini mampu meraih gaji bulanan antara RM3,000 dan RM3,000.

Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.

16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.

Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin
Melalui pindaan itu, mereka yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan untuk rawatan akan dirujuk terus kepada pegawai pemulihan AADK.

Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah
Pada saat warga emas lain berehat menghabiskan sisa usia, seorang wanita warga emas berdepan mimpi ngeri apabila diperlakukan seperti hamba abdi oleh anaknya sendiri.

Gigit lengan polis, penganggur didenda RM2,000
Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.

Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.