KUANTAN: Akibat panik dan takut ditangkap polis, seorang pekebun sayur di Cameron Highlands kerugian lebih RM790,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa kejadian bermula selepas beliau menerima panggilan telefon pada 19 Jun lepas daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran.
"Suspek memberitahu mangsa untuk bercakap dengan suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis kerana barangan yang dialamatkan kepadanya mengandungi kad kredit, kad pengenalan dan pasport.
"'Pegawai polis' itu pula memaklumkan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa berkaitan siasatan kes pengubahan wang haram yang akan menyebabkan akaun bank dibekukan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Yahaya berkata mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarahkan untuk memindahkan wang daripada akaun simpanannya ke lima akaun berbeza diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.
Bagaimanapun, mangsa mula berasa curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi bertanya perkembangan siasatan menyebabkan beliau ke balai polis semalam.
Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
Mereka juga boleh membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza. -Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.

Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.