KOTA BHARU: Seorang penjawat awam wanita dari Machang mengalami kerugian RM395,000 selepas ditipu sindiket 'Macau Scam' yang menyamar sebagai kakitangan insurans dan pegawai polis.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam laporan diterima pada 2 Dis, mangsa berusia 50-an itu menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa sebagai pihak insurans pada Sept lepas dengan memaklumkan bahawa mangsa telah membuat tuntutan insurans kemalangan sebanyak RM70,000.
Beliau berkata pada hari sama, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek berbeza yang menyamar sebagai pegawai polis dengan mendakwa hasil semakan lanjut 'mereka' mendapati mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan akan ditangkap.
"Mangsa kemudiannya diberitahu sekiranya hendak menyelesaikan kes ini, mangsa diminta untuk menyediakan wang jaminan sebanyak RM500,000.
"Oleh kerana ketakutan, mangsa telah mendedahkan semua maklumat akaun bank miliknya kepada 'pegawai polis' tersebut serta dilarang oleh suspek untuk memberitahu kepada sesiapa berkenaan siasatan 'polis' yang sedang dijalankan kerana bimbang mengancam keselamatan diri dan keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shafien berkata, lebih kurang seminggu kemudian, mangsa diarahkan oleh suspek untuk mengumpulkan semua wang miliknya ke dalam satu akaun bank sahaja.
"Mangsa mengeluarkan wang simpanan daripada beberapa institusi kewangan bank berjumlah RM115,000 dan memasukkannya ke dalam satu akaun bank yang telah dipilih oleh suspek.
"Sebelum itu, mangsa juga telah membuat pinjaman dari dua bank berbeza dengan jumlah RM280,000 bagi tujuan menyediakan wang jaminan sebelum dipindahkan ke akaun bank sama," katanya.
Bagaimanapun, pada 2 Dis, Shafien berkata mangsa telah membuat semakan baki akaun di bank berkenaan dan mendapati semua wang simpanan serta wang pinjaman yang dibuatnya sebelum ini telah dipindah keluar tanpa kebenaran.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021

Seorang penjawat awam wanita dari Machang mengalami kerugian RM395,000 selepas ditipu sindiket 'Macau Scam' yang menyamar sebagai kakitangan insurans dan pegawai polis. - Gambar hiasan

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.