KUALA LUMPUR:Sebanyak 4,865 kertas siasatan berhubung sindiket Macau Scam dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini.
Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,471 tangkapan juga telah dibuat dan 1,747 pula telah dituduh di mahkamah.
Menurut beliau, modus operandi sindiket masih sama iaitu membuat panggilan telefon yang berpusat di luar negara.
"Sindiket ini akan menghubungi mangsa menggunakan nombor 'spoofing' iaitu nombor yang telah diubahsuai menggunakan Voice Over Internet Protocol (VOIP) dan menyamar sebagai pihak berkuasa atau institusi kewangan.
"Mangsa akan ditakut-takutkan oleh sindiket dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran pinjaman bank atau telah terlibat dengan kes jenayah seperti langgar lari, dadah atau pengubahan wang haram.
"Mangsa kemudian diminta memberikan butiran kewangan dan perbankan kepada penyamar dengan alasan untuk tujuan siasatan," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
BACA: Macau Scam: Jadi pemilik saham syarikat antara modus operandi sindiket - Azam
BACA: SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam
Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata, berdasarkan data, golongan yang sering menjadi sasaran sindiket ini ialah golongan pesara dan mereka yang sudah berusia.
"Trend mangsa kebelakangan yang terdedah kepada sindiket ini adalah mereka yang berusia dan pesara kerana mungkin golongan ini kurang terdedah kepada sindiket tersebut.
"Golongan muda pula kurang kerana kebanyakan mereka sudah terdedah kepada teknologi ini dan menyedari akan kewujudkan sindiket berkenaan," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengelak golongan berkenaan terbabit dengan jenayah tersebut.
"Kita akan berusaha untuk memastikan saluran maklumat berhubung sindiket ini benar-benar sampai dan difahami untuk elak mereka ditipu," ujarnya lagi.
Fauzi Suhaimi
Fri Oct 09 2020

Mohd Kamarudin berkata, modus operandi sindiket masih sama iaitu membuat panggilan telefon yang berpusat di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.