PUTRAJAYA: Datuk Mad Zaidi Mohd Karli @ Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkuat kuasa hari ini.
Mad Zaidi, 53, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di kementerian sama.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Mad Zaidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang-bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.
"Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London, Mad Zaidi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dengan jawatan pertama disandang adalah Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Datuk Mad Zaidi Mohd Karli @ Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkuat kuasa hari ini.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.

Mad Zaidi dilantik KSU KPK
Mad Zaidi sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di kementerian sama.