KUCHING: Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan ‘Segulai Sejalai’ di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2023 di Kuching mengakui tertarik dengan perkataan dari bahasa Iban itu yang bermaksud ‘berjalan seiringan’.
“Saya tertarik dengan segulai sejalai saya hendak pastikan segulai sejalai ini dijadikan motto di seluruh negara Malaysia di mana mana negeri apabila kita berbicara soal perpaduan dan kerjasama saya akan sebut segulai sejalai,” katanya.
Dalam perkembangan sama Anwar turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk program penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Beliau turut meminta agar peruntukan untuk rumah-rumah adat bukan Islam di Semenanjung juga diperuntukkan kepada Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
“Program penyukatan tanah NCR ini adalah satu keputusan yang bijak supaya keluhan masyarakat asal di sini dan isu berkaitan kawasan milik mereka diselesaikan dengan baik, maka kita tambah peruntukan untuk program ini, saya setuju kita tambah RM10 juta lagi.
“Pengurusan rumah-rumah ibadat di Sarawak memang terkehadapan, terutama melibatkan projek -projek tertentu saya akan bincang dengan Premier Sarawak, kita akan pastikan supaya apa sahaja bentuk peruntukan yang ada di Semenanjung untuk gereja, kuil dan sebagainya juga akan disalurkan dengan sarawak,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk program penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Beliau juga meminta agar peruntukan untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam di Semenanjung diagihkan secara adil kepada Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
“Sebab bila Premier dan Kerajaan Negeri putuskan tentang NCR, saya terima bukan sahaja dengan baik tapi saya anggap (ia) keputusan yang bijak supaya keluhan masyarakat asal di sini mengenai kawasan milik mereka, tanah mereka NCR, telah diselesaikan dengan baik.
“(Datuk Amar Douglas) Uggah (Embas) minta supaya kita tambah peruntukan untuk diukur… saya setuju kita tambah RM10 juta lagi.
“Mengenai rumah-rumah ibadat dasar kita membantu, Sarawak memang ke depan, jadi, untuk beberapa projek tertentu saya akan bincang dengan Premier… kita akan pastikan supaya apa peruntukan yang ada di Semenanjung untuk gereja kuil atau pagoda, kita juga akan salurkan ke Sarawak,” jelasnya.
Untuk rekod sejumlah RM150 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat dan negeri di bawah Program Khas Bumiputera (PKB) untuk program penyukatan di Sarawak pada tahun 2010 sehingga 2017.
Bagaimanapun, peruntukan daripada kerajaan pusat telah berkurang kepada RM2 juta pada untuk tahun 2023 dengan keluasan keseluruhan NCR dianggarkan sekitar 1.5 juta hektar.
Shafik Ahmad
Wed Jun 07 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mencuba alat muzik tradisional Sarawak iaitu sape majlis Perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. - Foto BERNAMA
Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness" di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
[TERKINI] Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Jan, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Feb.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM.
Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr
Al-Nassr bergelut untuk memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum sepakan voli Ronaldo terhasil pada minit ke-65.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
WEF 2025: Leaving Asia's Comfort Zone
The rise of AI and other emerging technologies has the potential to catapult Asia-Pacific from the industrial era into the Intelligent Age, where the region will need to chart a new path outside the comfort of pursuing tried and tested growth models. What measures are necessary for countries in Asia to remain competitive and how can the region reap the benefits of this new era while leaving no country behind?
Unit Pansar raih kontrak pembinaan lebuh raya bernilai RM477.69 juta
Kontrak melibatkan reka bentuk dan pembinaan lebuh raya berkembar empat lorong, sepanjang 8.5km, termasuk dua jambatan, trek basikal, koridor utiliti.
'Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching
Pelbagai acara dan persembahan dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu termasuk persembahan artis-artis jemputan terkenal dan juga artis-artis tempatan.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia
Persembahan teater muzikal 'Segulai Sejalai' merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
10 tembok perlu diruntuh pastikan keberkesanan slogan 'Segulai Sejalai'
Sepuluh tembok perlu diruntuh bagi memastikan keberkesanan cogan kata perpaduan untuk seluruh negara 'Segulai Sejalai' seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri
Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan Segulai Sejalai di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.