KUALA LUMPUR:Filem Mael Totey The Movie mencatat rekod tersendiri apabila berjaya menerima kutipan hampir RM700,000 walaupun baru sehari ditayangkan di Astro First.
Filem yang diarahkan oleh bintang YouTube, Syahmi Sazli itu turut mempertaruhkan dirinya sebagai bintang utama.
Ia mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat yang diberi gadis idamannya, Yaya.
"Jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan hanya di platform media sosial dengan durasi video kurang 20 minit, tetapi kali ini peminat boleh menonton mereka lebih lama dengan kualiti filem.
"Ini adalah sesuatu yang baharu buat industri perfileman di mana YouTuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem. Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya daripada beliau," kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.
Turut membintangi filem tersebut ialah Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta turut dibantu pelakon terkenal tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof dan Aznah Hamid.
Syahmi aktif di saluran YouTubenya dan kerap menerbitkan pelbagai kandungan menarik sehingga menarik lebih dua juta pengikut.
Mael Totey The Movie kini boleh dilanggan dan ditonton di Astro First, saluran 480.
Madiha Abdullah
Fri Oct 23 2020

Mael Totey The Movie sudah boleh mula dilanggan di Astro First bermula 22 Oktober. - Foto Astro Shaw
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Pengiklanan digital beri impak positif dalam pemasaran ketika PKP
Penggunaan iklan digital menerusi televisyen dan radio dapat memberi impak positif dalam jualan dan pemasaran sesebuah perniagaan di era norma baharu ketika ini.

Pengarah 'Mael Totey The Movie' bakal diangkat sebagai ikon pengarah muda - Finas
Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.

Shazmi Syazli tidak mahu bergabung dengan pengarah lain kerana...
Mael Totey The Movie (MTM) berjaya menandingi filem pecah panggung di Astro First seperti Polis Evo dan Hantu Kak Limah (HKL).

Mael Totey The Movie kutip hampir RM700,000 pada hari pertama tayangan
Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.