KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan daging mencukupi pada Ramadan dan Syawal ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Beliau berkata bekalan daging tidak terjejas walaupun negara perlu bergantung kepada daging import iaitu 70 peratus kerana pengeluaran daging tempatan atau tahap sara diri (SSL) industri itu hanya sekitar 21 peratus.
"Kita banyak mengimport (daging) antaranya dari India, Pakistan, Australia dan setakat ini pengimportannya adalah stabil, tiada gangguan.
"Kita di kementerian akan sentiasa memantau untuk memastikan bekalan daging mencukupi bukan sahaja ketika perayaan tetapi juga bekalan harian," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jubli Emas Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan mengambil langkah intervensi jangka pendek menerusi pemberian subsidi kepada penternak bagi meningkatkan pengeluaran telur dan ayam.
Ditanya mengenai perkembangan bagi penyelesaian tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang dihadapi usahawan tani, beliau berkata kementerian sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah tempoh lesen itu.
"Ada isu dan cadangan dikemukakan mengenai pajakan tanah di beberapa negeri yang menyatakan tempoh pajakan itu terlalu singkat (iaitu) tiga tahun untuk bangunkan industri agromakanan secara besar-besaran.
"Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang lepas, MAFI diminta untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan kita sedang lakukan (perbincangan)," katanya.
Beliau berkata kementerian dan pengurusan tertinggi kerajaan juga akan meneliti cadangan penggiat industri untuk menilai dan memanjangkan tempoh lesen sedia ada bagi meningkatkan pembangunan industri agromakanan.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil mesyuarat EAC, kerajaan bersetuju agar MAFI berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menangani masalah tempoh TOL yang dihadapi usahawan tani.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Kementerian akan sentiasa memantau untuk memastikan bekalan daging mencukupi bukan sahaja ketika perayaan tetapi juga bekalan harian. - Gambar fail/Bernama

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Bekalan daging mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan termasuk daging, mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha tahun ini.

DUN Perak: Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco
Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.

Bekalan daging mencukupi sempena Aidiladha
Keputusan kerajaan membenarkan pengimportan lebih 12,000 lembu hidup khususnya dari Thailand turut membantu memastikan bekalan itu mencukupi.

Bekalan lembu dan kerbau import tampung keperluan ibadah korban di Perak
Jumlah lembu dan kerbau di Perak bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini dijangka berkurang kira-kira 1,300 ekor.

MAFI jamin bekalan daging mencukupi Ramadan dan Syawal ini
Sentiasa pantau untuk memastikan bekalan daging mencukupi bukan sahaja ketika perayaan malah untuk bekalan harian.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor direman lima hari
Tempoh reman berkenaan membolehkan kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat lanjut mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

KPDNHEP siasat isu kartel daging di bawah dua kesalahan cap dagangan
Syarikat itu disiasat di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Stok bekalan beras semasa negara melebihi keperluan - Timbalan Menteri
Kedudukan stok beras semasa negara adalah melebihi keperluan bulanan yang sepatutnya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Majukan NFC: Baka lembu Brazil jadi 'idaman' Malaysia
Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu termasuk memilih baka yang baik seperti di Brazil dan teknologi terkini.

Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin
Pengguna tidak perlu berasa gusar dan panik membeli daging lembu serta kerbau yang dijual di pasar di seluruh negara kerana ia dijamin selamat untuk dimakan.