PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) kini berada di landasan tepat untuk mencatat semula keuntungan pada tahun depan dan mencecah paras jualan tiket sebelum pra-pandemik seawal 2024.
Ketua Pegawai Kelestariannya Philip See berkata jangkaan tersebut berdasarkan prestasi suku pertama berbanding rancangan belanjawan kumpulan tersebut.
Jualan tiket prapandemik kumpulan itu berjumlah sehingga RM10 bilion yang mana 3 hingga 4 daripadanya adalah hasil sampingan, katanya.
Menurutnya, ketika pelaksanaan langkah penstrukturan semula kumpulan, usaha penyusunan semula lembaran imbangan yang substantif telah dijalankan bagi menjadikannya lebih kompetitif dan berdaya tahan dengan menambah aspek kepelbagaian terhadap struktur terasnya.
"Teras keuntungan itu adalah untuk mempelbagaikan perniagaan, sama seperti perniagaan kargo kami yang mencatat prestasi agak memberangsangkan ketika tempoh pandemik. Kami berharap momentum itu akan berterusan dan seiring dengan pemulihan perjalanan udara," katanya kepada pemberita majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara MAG dan Sunway Group di sini, pada Rabu.
MoU itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Izham Ismail dan Pengarah Eksekutif Sunway Group Sarena Cheah.
Majlis itu turut disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan MAG merangkap Pengerusi Malaysia Airlines Bhd Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Jeffrey Cheah serta Timbalan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Razman M Hashim.
Mengulas selanjutnya, See berkata kumpulan penerbangan itu turut menggunapakai strategi seperti mengubah model perniagaan, memperluas aspek sampingan serta pengalaman pengembaraan baharu menerusi aplikasi Journify.
Beliau berkata, sasaran pengembangan perniagaan MAG adalah untuk memperluas pendapatan sampingan yang dijangka kumpulan itu akan berlipat ganda menjelang 2025 daripada paras pra-pandemik dan melangkaui jualan tiket penerbangan seperti pakej pengembaraan, peruntukan tempat duduk, sajian makanan dan lain-lain.
"Aspek pendapatan sampingan itu merupakan margin tulen untuk kumpulan. Kos struktur kami 70-80 peratus adalah tetap. Perniagaan penerbangan adalah margin yang rendah. Oleh itu, adalah penting bagi kami untuk memacu kesemua pengalaman pengembaraan yang berbeza dan atas dasar inilah Sunway sememangnya satu kerjasama penting untuk kami," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan bersama, MAG and Sunway Group berkata MoU bagi tempoh dua tahun itu bertujuan untuk saling memanfaatkan kekuatan dan kedudukan masing-masing sebagai pemangkin bagi memulihkan semula ekonomi negara dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, hartanah, pendidikan, pelancongan perubatan dan hospitaliti.
Kerjasama itu akan membolehkan MAG selaku sebuah organisasi penerbangan global dan Sunway yang juga antara konglomerat utama Asia Tenggara, meninjau inisiatif kerjasama lebih luas termasuk peluang perniagaan baharu, kempen pemasaran bersama selain aktiviti penjenamaan dan promosi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway HC Chan berkata kerjasama tersebut akan melonjakkan pemulihan ekonomi dan pertumbuhan Malaysia yang terjejas akibat pandemik.
Di bawah MoU itu, Malaysia Airlines akan dilantik sebagai penerbangan pilihan Sunway, sekali gus memaparkan keyakinan syarikat itu terhadap perkhidmatan premium dan boleh dipercayai yang merentasi rangkaian syarikat penerbangan itu di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pada masa sama, katanya, Sunway juga dapat meninjau peluang baharu menerusi cabang pengendali pelancongannya, MHholidays, program pengembaraan digital penuntut MHexplorer serta program ganjaran bersama menerusi program kesetiaan syarikat penerbangan itu, Enrich.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Jualan tiket pra-pandemik kumpulan itu berjumlah sehingga RM10 bilion yang mana 3-4 daripadanya adalah hasil sampingan. - Foto fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.

Penghantaran pesawat A330neo ditangguh, dijangka tiba akhir November 2024
Menurut MAG, kelewatan itu berpunca daripada penemuan yang dikenal pasti oleh Airbus semasa pesawat berada di hangar penyelenggaraan.

Malaysia Aviation Group umum peletakan jawatan Wan Zulkiflee
Wan Zulkiflee telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun.

'Kami tidak bersembunyi di sebalik tirai' - MAG
Keputusan sukar telah diambil dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang lalu bagii menyusun semula organisasi secara menyeluruh.

MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024
Melangkah ke dalam keterujaan di Arena MAG, nikmati potongan tambang penerbangan sehingga 30 peratus dan berpeluang memenangi tiket Kelas Perniagaan ke London!

MAG kurangkan kapasiti, komited pastikan kestabilan operasi
Langkah pengurangan kapasiti terpaksa diambil ekoran kekurangan bekalan global untuk alat-alat ganti pesawat.

MAG kurangkan penerbangan antarabangsa - AeroRoutes
Menurut AeroRoutes perubahan perkhidmatan antarabangsa ini berlaku untuk minggu 25 hingga 31 Ogos.

Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.

Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.

MAG catat untung bersih RM766 juta, kali pertama sejak 2010
MAG kembali untung dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM766 juta pada TK2023, berbanding kerugian bersih sebanyak RM344 juta pada TK2022.