SHAH ALAM: Perasaan gembira berbaur duka dirasai pendaki Gunung Everest pertama Malaysia, Datuk M Magendran.
Magendran sepatutnya gembira mengenang kembali detik indah berjaya menakluki gunung tertinggi di dunia itu tepat jam 11.55 pagi pada 23 Mei 1997 kerana hari ini (Selasa) menjadi ulang tahun ke-26 beliau memahat sejarah tersebut.
Namun, insiden malang yang menimpa dua rakan pendaki di gunung itu pada Khamis lalu hingga salah seorangnya terkorban manakala seorang lagi masih hilang membuatkan beliau turut merasa duka.
"Sejak ekspedisi mendaki Gunung Everest dilakukan bermula 26 tahun lalu, ini kali pertama dalam sejarah berlaku kehilangan nyawa. Walaupun ada antara misi sebelum ini gagal tetapi tidak sampai ada yang terkorban.
"Jadi inisiden ini agak mengganggu perasaan saya kali ini dan diharapkan rakan pendaki yang masih hilang, Muhammad Hawari Hashim, 33, dapat ditemui dengan segera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum ini dilaporkan, pendaki program Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian di gunung tertinggi dunia berkenaan.
Ketika kejadian, Allahyarham bersama Muhammad Hawari sedang melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut sebelum terjatuh.
Muhammad Hawari pula dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan turun selepas berjaya menawan puncak gunung tersebut.
Magendran, 60, memberitahu, beliau juga turut sedih kerana tidak berada di samping keluarga dan rakan-rakan pada hari ulang tahun menawan Everest kali ini kerana berada di Pulau Sibuan, Semporna, Sabah atas tuntutan tugas.
Beliau yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, di sini, ketika ini mengikuti Program Jelajah Ilmu bersama rombongan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Petaling Perdana.
"Namun hikmahnya saya dapat lihat panorama indah Pulau Sibuan dengan laut membiru dan pasir yang memutih. Ini pertama kali saya jejakkan kaki ke pulau ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Magendran menggesa insiden yang menimpa pendaki ME2023 disiasat secara terperinci agar kelemahan yang berlaku dapat diperbaiki dan ia dapat dijadikan iktivar bagi pendaki dalam misi-misi seterusnya.
"Kita perlu perbaiki kekurangan-kekurangan itu. Kalau katakan masa latihan perlu ditambah, maka ia perlu dibuat untuk pastikan pendaki betul-betul bersedia untuk lakukan pendakian.
"Dari segi peralatan keselamatan pula perlu dikenal pasti jenis peralatan atau peranti keselamatan yang perlu dibawa bagi menyelamatkan nyawa saat kecemasan. Langkah-langkah ini perlu diambil memastikan keselamatan pendaki ini terjamin atau sekurang-kurangnya pendaki akan lebih berhati-hati," syornya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 24 2023
Magendran (kanan) berjaya menawan Gunung Everest tepat jam 11.55 pagi pada 23 Mei 1997. - Foto Sinar Harian
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari
Pasukan SAR kini menumpukan kepada bahagian atas gunung dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim.
Magendran gembira bersulam duka
Pendaki Gunung Everest pertama Malaysia turut sama berduka dengan kejadian malang yang menimpa Awang Askandar dan Muhammad Hawari.
Operator Everest usaha bawa turun jenazah pendaki guna helikopter - Mohamad Alamin
Wisma Putra memaklumka pihak operator Everest akan berusaha membawa turun jenazah pendaki program Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Awang Askandar Ampuan Yaacub dari kem 4 untuk pulang ke tanah air.
Pendaki Everest perlu ada bukti sahih - Muqharabbin
Tunjuk dahulu bukti sahih seperti gambar atau video sebelum boleh menggelarkan diri sebagai pendaki Everest, nasihat Muqharabbin.