ISTANBUL: Maharaja Jepun Maharaja Naruhito dan Maharani Masako akan menghadiri istiadat pemakaman negara mendiang Ratu Elizabeth II, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat istana maharaja pada Rabu.
Menurut kenyataan itu kerajaan Britain telah menghantar undangan untuk menghadiri istiadat berkenaan.
Keberangkatan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako ke istiadat pemakaman berkenaan ialah kunjungan pertama pasangan diraja itu ke luar negara sejak menduduki takhta pada 2019.
Mendiang Ratu Elizabeth II pernah melawat Jepun pada 1975.
Jurucakap Kerajaan Jepun Hirokazu Matsuno turut mengesahkan perkara itu.
Maharaja Naruhito pada Jumaat lalu menzahirkan dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II serta merakamkan setinggi penghargaan atas pencapaian dan sumbangan mendiang Ratu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Keberangkatan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako ke istiadat pemakaman berkenaan ialah kunjungan pertama pasangan diraja itu ke luar negara sejak menduduki takhta pada 2019. - REUTERS
KPM dan negara berada dilandasan yang betul menguasai 3M
Timbalan Menteri Pendidikan berkata KPM mengambil beberapa inisiatif untuk memperkukuhkan kaedah pengajaran dan memperkuaskan penglibatan komuniti agar murid mendapat sokongan yang lebih menyeluruh dalam penguasaan kemahiran 3M.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Salah guna teknologi boleh wujudkan rasuah bentuk baharu - Azam Baki
Penyalahgunaan teknologi seperti ancaman siber boleh mewujudkan rasuah bentuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Jasad Ratu Elizabeth II ditempatkan di Westminster Hall empat hari sebelum pemakaman
Jasad baginda dibawa menaiki pedati diraja diiringi pasukan tentera berkuda serta kerabat diraja.

Dokumen perinci atur cara 'istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II' bocor
Pelan komprehensif yang dinamakan sebagai 'London Bridge' itu didedahkan di laman web Politico.