Golongan mahasiswa disaran mengubah mentaliti dan berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi membantu usaha membangunkan Malaysia sebagai Harimau Asia.
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mahasiswa seharusnya melengkapkan diri dengan kecekapan teras dan memanfaatkan peluang ketika di alam universiti untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran.
"Setakat tahun 2018, terdapat 45 koperasi siswazah di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 1,432 orang dan perolehan terjana sebanyak RM1.1 juta.
"Jumlah itu boleh dianggap kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan institut pengajian tinggi (IPT) yang beroperasi di seluruh negara iaitu lebih 600 IPT," katanya ketika merasmikan majlis penutup Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan 2019. di sini, hari ini.
Beliau berkata kementerian akan terus membudayakan koperasi dalam segenap lapisan masyarakat khususnya golongan mahasiswa untuk memastikan gerakan koperasi dalam kalangan mereka menjadi lebih kompetitif dan inovatif bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Redzuan berkata MED juga kekal komited dalam menjalankan program pembangunan keusahawanan melalui pelbagai agensi bagi membudayakan gerakan keusahawanan koperasi di negara ini.
"Agensi MED seperti Institut Koperasi Malaysia, Institut Keusahawanan Negara, Pusat Inovasi dan KreativitiGlobal Malaysia (MaGIC) dan Program Profesional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE) sedia menawarkan program latihan keusahawanan komprehensif bagi melahirkan lebih ramai usahawan khususnya daripada golongan belia," katanya.
Konvensyen tiga hari itu menghimpunkan 500 mahasiswa dari universiti tempatan, antaranya Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Utara Malaysia.
Mengenai Belanjawan 2020, Redzuan berpendapat peruntukan RM10 juta untuk memperkasa industri halal adalah tidak mencukupi jika dibandingkan potensi dan peluang terhadap industri berkenaan di peringkat global pada masa kini.
"Kalau ikut kehendak saya, dengan adanya peluang begitu besar, RM10 juta tidak mencukupi... kita boleh bawa usahawan dari seluruh dunia bagi membangunkan dan mengeluarkan produk halal di Malaysia," katanya.
Menerusi Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Jumaat lalu, MED diperuntukkan RM10 juta bagi khidmat nasihat dan kesedaran untuk pensijilan halal, pembangunan produk halal dan menyediakan platform kepada peserta pasaran untuk bersaing di pasaran halal antarabangsa yang kini dianggarkan bernilai AS$3 trilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019

REDZUAN: Mahasiswa seharusnya melengkapkan diri dengan kecekapan teras. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mahasiswa disaran ubah mentaliti, berani cebur diri dalam bisnes - Redzuan
Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan kecekapan teras dan memanfaatkan peluang ketika di alam universiti.

Jentera pentadbiran negara semakin 'bersih' - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berpuas hati setakat enam hingga tujuh bulan memimpin dan yakin Malaysia akan kembali disegani seperti sedia kala.