MELAKA: Empat mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memenangi pingat emas menerusi produk inovasi dron pada The World Invention Creativity Olympics (WICO) 2021 di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) merangkap Ketua Penyelia Projek Dr Juffrizal Karjanto berkata produk ciptaan berkenaan dibangunkan kumpulan mahasiswa daripada FKM, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta dua penyelia yang juga pensyarah kanan FKM.
Juffrizal berkata empat pelajar itu adalah Iqbal Hakimi Mohammad Feirdaus, 20, Nurul Khalida Kasim, 23, Muhammad Haziq Mohd Hamizat, 22, dan Aqil Haikal Jalalus Sayuti, 21, manakala dua penyelia pula adalah Dr Fudhail Abdul Munir dan Dr Nidzamuddin Md Yusof.
Beliau berkata, dron berkenaan dibangunkan secara berperingkat bermula awal tahun lepas hingga pertengahan tahun ini dengan pembangunannya masih dilakukan secara berterusan sehingga kini.
"Antara kelebihan produk tersebut ialah ia dibangunkan dengan kos efektif dan berkeupayaan dikomersialkan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi kegunaan pengawasan, pencarian dan penghantaran ke kawasan yang terbuka serta ruangan sempit.
"Dron tersebut telah diuji oleh Persatuan Aktivis UAV Dron Malaysia (MUDAS) dan ia mempunyai kelajuan hingga 50 kilometer sejam di samping berkeupayaan terbang lebih daripada 80 kaki (24.3 meter) dan mempunyai waktu penerbangan sehingga dua jam tanpa pengecasan semula," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata produk inovasi tempatan itu diharap mampu membantu masyarakat setempat dan global dan bersaing dalam pasaran tempatan serta antarabangsa.
Katanya pencapaian berkenaan juga diharap dapat membuka mata peserta tempatan khususnya golongan belia untuk bersama mengembangkan bakat inovasi, sains dan teknologi agar negara terus setanding dengan negara-negara maju.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata kejayaan itu selari dengan matlamat UTeM untuk memastikan mahasiswanya terus menyerlah bukan hanya di peringkat nasional malah merentas sempadan global.
"Kejayaan ini akan menjadi lonjakan kecemerlangan buat mereka dalam aspek kompetensi mempraktikkan segenap ilmu dan pengetahuan dalam dunia sebenar," katanya.
WICO 2021 yang dianjurkan Korea University Invention Association secara dalam talian itu menghimpunkan lebih 1,000 pelajar serta pencipta dari lebih 25 negara seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Kanada, China, Romania, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Iraq, Thailand dan India.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021

Syabas dan tahniah buat Iqbal Hakimi Mohammad Feirdaus, Nurul Khalida Kasim, Muhammad Haziq Mohd Hamizat, dan Aqil Haikal Jalalus Sayuti. - Bernama/FB UTem

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.

Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.

Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.

Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari di Beirut.

Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.

Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja
Penggunaan teknologi dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden.

Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.

Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.