"Alhamdulillah, dapat juga puasa dan raya bersama keluarga." Itu antara reaksi gembira mahasiswa yang berada di kampus, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran kepada mahasiswa untuk pulang ke kampung dalam tempoh terdekat.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Ayu Ajleea Natasha Mohd Wazir, 21, berkata berita baik tersebut sememangnya ditunggu-tunggu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.
"Bila PM (perdana menteri) umum berita itu semalam, rasa sebak dan teruja sebab dah lama saya tak pulang ke kampung. Adik saya pun sangat teruja bila saya dapat balik. Tak sabar nak jumpa keluarga, dapatlah saya berpuasa dan beraya bersama mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Ayu Ajleea Natasha berkata meskipun di kampus tersebut masih ada kira-kira 200 pelajar yang tidak pulang, namun situasi sunyi di kampus tetap terasa apabila pelajar hanya duduk di bilik masing-masing.
"Walaupun ada 200 pelajar, kami tak selalu berjumpa sebab masing-masing duduk dalam bilik. Saya hanya akan nampak pelajar lain bila tiba waktu mengambil makanan sahaja," katanya yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.
Berkongsi kegembiraan yang sama, Muhammad Amzar Mohd Shariman, 21, dari UiTM Jengka berkata kerinduannya terhadap keluarga terubat dengan pengumuman tersebut.
"Biasanya hari pertama sambut Ramadan memang bersama keluarga, tetapi kali ini berbeza situasi sebab hari ini bersahur dan akan berbuka puasa dengan rakan sebilik. Biasanya mak akan sediakan makanan, tetapi kali ini pihak universiti yang sediakan.
"Semalam bila PM umum, saya dan rakan-rakan memang rasa lega dan gembira. Akhirnya doa kami untuk balik rumah termakbul," katanya yang hampir tiga bulan tidak pulang ke kampungnya di Batu Gajah, Perak.
Bagi Valerie Dayun anak Sammy dari UiTM Shah Alam berkata ibu bapanya di Sibu, Sarawak menarik nafas lega dengan berita gembira tersebut.
"Hari-hari ibu bapa saya akan buat panggilan video dan WhatsApp tanya macam mana keadaan saya di sini, dah makan ke belum, buat apa dan sebagainya. Mereka sangat risau sebab kawan-kawan saya termasuk rakan sebilik pun dah balik ke kampung.
"Kadang-kadang saya hanya keseorangan di bilik dan ada masanya saya akan ke bilik rakan sekelas saya yang juga masih di kampus. Saya memang syukur bila PM umum dapat balik. Harapnya kami boleh balik cepat berjumpa keluarga," katanya.
Valerie Dayun berkata walaupun hasratnya untuk pulang 20 Mac lepas terpaksa dibatalkan, beliau yang selesa tinggal di kampus berterima kasih kepada pengurusan universiti yang sentiasa menjaga kebajikan pelajar di kampus.
"Agak kecewa pada mulanya sebab saya dah beli tiket untuk balik kampung. Tapi bila fikir semula, ianya untuk kebaikan saja juga. Saya ambil dari sudut positif. Lagipun, di sini (kampus), kebajikan kami seperti makan dan minum sentiasa terjaga. Kadang-kadang, kami dapat makanan hingga lima kali sehari dan ada juga pihak luar yang taja makanan," katanya.
Sementara itu, bagi ibu kepada seorang mahasiswa, Rokiah Abdullah, 57, dari Kemaman, Terengganu berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha membawa pulang pelajar yang berada di kampus.
"Mak cik memang hari-hari doa supaya anak mak cik dibenarkan balik. Alhamdulillah, dapatlah berpuasa dan beraya bersama anak bongsu mak cik nanti.
"Memang agak risau keadaan anak di kampus sebab kebanyakan rakannya dah pulang. Dah lebih sebulan mak cik tunggu berita baik macam ni. Setiap hari mak cik akan telefon dan panggilan video untuk tanya keadaan anak," kata ibu kepada Noridayu Mohd Ibrahim, pelajar sebuah universiti awam di Selangor.
Rokiah yang hampir tiga bulan tidak bertemu anaknya juga berharap usaha kerajaan untuk membawa pulang mahasiswa dipermudahkan.
Bernama
Fri Apr 24 2020

Mahasiswa zahir rasa syukur diberi kelonggaran pulang ke kampung. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.

Mahasiswa zahir rasa syukur diberi kelonggaran pulang ke kampung
"Alhamdulillah, dapat juga puasa dan raya bersama keluarga." Itu antara reaksi gembira mahasiswa yang berada di kampus selepas diumumkan mengumumkan kelonggaran kepada