KOTA KINABALU: Dunia seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) seakan-akan gelap sebaik saja bangun daripada koma apabila melihat kedua-dua belah tangan dan kaki telah tiada.
Itu yang terjadi terhadap Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, 22, yang koma hampir sebulan selepas mengalami jangkitan kuman akibat komplikasi apendiks yang dihadapinya.
Namun ia tidak mematahkan semangat gadis malang ini untuk meneruskan kehidupan dan berhasrat untuk meneruskan pengajiannya yang tertangguh sejak dua bulan lalu.
"Saya bersemangat sebab ibu bapa saya sentiasa berada di samping saya dan mereka selalu beri semangat.
"Semasa saya bangun daripada koma, saya nampak mereka dan ketika itu saya sedar kaki dan tangan telah tiada. Saya reda kerana itu semua milik Allah dan saya hanya mahu hidup ketika ini.
"Saya juga mahu meneruskan pengajian sehingga berjaya dengan apa cara sekalipun," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini, pada Ahad.
Sehubungan itu, Dayangku Siti Mashitah berkata, untuk merealisasikan impiannya itu dia berharap akan mendapat kemudahan yang bersesuaian dengannya nanti.
"Saya difahamkan ada kemudahan canggih untuk orang seperti saya. Jadi saya berharap akan mendapat kemudahan itu nanti apabila sudah bersedia meneruskan pengajian.
"Saya mungkin dapat keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi. Saya sendiri tidak sabar untuk memulakan pembelajaran secara dalam talian nanti," kata penuntut Tahun 2 jurusan Hubungan Antarabangsa itu.
Sementara itu, bapanya Awangku Sulaiman Awangku Hamid, 54, berkata, dia yang hanya bekerja sebagai nelayan tidak mampu untuk menyediakan pelbagai kemudahan untuk anaknya itu nanti.
"Jadi kami sangat mengalu-alukan sumbangan terutama dari segi kaunseling dan jika diberikan kemudahan untuk pembelajarannya, kami sangat berterima kasih," katanya.
Sumbangan boleh juga boleh disalurkan terus ke akaun ibu Dayangku Siti Mashitah, Samariah @ Lizah Binti Matnor melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1210041100144570 atau boleh berhubung terus di talian 014-3271496.
Sebelum itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal dalam lawatannya berkata, pihak kementerian bersama UMS akan melihat kaedah terbaik untuk memudahkan urusan mahasiswa berkenaan supaya dapat meneruskan pengajiannya nanti.
"Kehadiran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar dan ahli keluarga mereka serta komitmen keprihatinan berterusan kementerian terhadap kebajikan dan kesejahteraan siswa kita," katanya semasa menyalurkan bantuan bagi pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada waris pelajar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 28 2023
Dayangku Siti Mashitah yang hilang kedua-dua belah tangan dan kaki masih menerima rawatan dan dijaga oleh ibu bapanya di HQEI, Kota Kinabalu. - Gambar/ Sinar Harian
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
Peka amaran pihak berkuasa, penduduk di Pitas ke PPS lebih awal
Penduduk di Pitas, kali ini mereka lebih bersedia dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai ancaman banjir.
Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.
Fokus Minggu Depan: Membina era kecerdasan yang lebih mampan & inklusif
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk era kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
Fokus Minggu Depan: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Beberapa agenda penting melakari forum pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Johor Bahru.
Antara yang bakal berlangsung ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ke-28, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan tambah tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan ke-24.
Selaku Pengerusi ASEAN, delegasi Malaysia ke acara ini diketuai Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Antara yang bakal berlangsung ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ke-28, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan tambah tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan ke-24.
Selaku Pengerusi ASEAN, delegasi Malaysia ke acara ini diketuai Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer aksi memukau untuk bergelar juara
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka India.
Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Mahasiswi UMS hilang kaki, tangan nekad teruskan pengajian
Dunia seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) seakan-akan gelap sebaik saja bangun daripada koma apabila melihat kedua-dua belah tangan dan kaki telah tiada.