KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Gordon Andrew Stewart sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk operasi lapangan terbang Malaysia berkuat kuasa 1 Okt 2023.
Stewart merupakan Pengarah Projek Global di DAA International, sebuah kumpulan pengurusan lapangan terbang global, perundingan dan pelaburan yang beribu pejabat di Dublin, Ireland yang menguruskan lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Timur Tengah.
"Beliau membawa bersamanya pengalaman selama 33 tahun dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, rel dan teknologi maklumat," menurut MAHB dalam kenyataan hari ini.
Stewart menyertai syarikat pada titik perubahan yang ketara dalam perjalanan pertumbuhan strategik mereka, berikutan mereka meneruskan usaha untuk membawa operasi perniagaan teras mereka ke peringkat seterusnya, kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood.
"Saya yakin beliau akan membantu dalam menerajui kami ke arah kecemerlangan operasi yang inovatif dan mampan dalam usaha kami untuk menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Stewart merupakan Pengarah Projek Global di DAA International, sebuah kumpulan pengurusan lapangan terbang global, perundingan dan pelaburan yang beribu pejabat di Dublin yang menguruskan lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia. -Dagang News
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.

MAHB lantik Gordon Andrew Stewart sebagai COO
Beliau membawa bersamanya pengalaman selama 33 tahun dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, rel dan teknologi maklumat.