KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan lebih daripada 11 juta jumlah pergerakan penumpang untuk Julai 2023, dengan kedua-dua operasi Malaysia dan Turkiye mencatatkan pergerakan penumpang tinggi baharu, masing-masing 7.4 juta dan 3.7 juta.
Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik juga merekodkan jumlah tertinggi setakat ini bagi 2023, dengan 5.4 juta penumpang antarabangsa dan 5.7 juta penumpang domestik.
"Ini mewakili 89 peratus dan 87 peratus, masing-masing untuk jumlah penumpang antarabangsa dan domestik berbanding tempoh yang sama pada 2019, sekali gus menandakan kemajuan yang konsisten ke arah pemulihan penuh jumlah sebelum pandemik melanda, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MAHB berkata pergerakan penumpang antarabangsa di Malaysia pada Julai 2023 meningkat hampir 10 peratus kepada 3.5 juta penumpang daripada 3.2 juta penumpang bulan sebelumnya sementara pergerakan penumpang domestik berjumlah 3.9 juta penumpang, peningkatan dua peratus daripada 3.8 juta penumpang pada Jun 2023.
Pertumbuhan daripada kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik disumbangkan oleh cuti sekolah tempatan pada akhir bulan Julai, cuti musim panas di Hemisfera Utara, kedatangan semula pengembara China secara beransur-ansur, kepulangan jemaah haji, operasi syarikat penerbangan baharu dan kekerapan penerbangan tambahan.
Bulan lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mengalu-alukan Salam Air dari Muscat dengan dua penerbangan setiap minggu, manakala AirAsia X memperkenalkan penerbangan ke Chengdu tiga kali seminggu dan MYAirline ke Bangkok Don Mueang dengan tujuh penerbangan setiap minggu dari KLIA.
Batik Air Malaysia juga telah memulakan dua laluan baharu, iaitu dua kali seminggu ke Adelaide dan empat penerbangan seminggu ke Chengdu.
Sementara di Sabah dan Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mengalu-alukan dua syarikat penerbangan baharu, Loong Air dari Xi'An Xianyang dengan dua penerbangan setiap minggu dan Shanghai Airlines dari Shanghai PuDong dengan tujuh penerbangan setiap minggu.
AirAsia pula menyambung semula perkhidmatan Beijing Daxing dengan tujuh penerbangan mingguan dan Macau dengan dua penerbangan mingguan. Batik Air Malaysia menyambung semula rangkaian Chinanya dengan penerbangan terus dari KKIA dan Langkawi ke Chengdu sekali seminggu.
Operasi Turkiye
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul terus menunjukkan momentum trafik yang kukuh, mengatasi jumlah penumpang sebelum pandemik selama tiga bulan berturut-turut.
Lapangan terbang itu merekodkan 3.7 juta jumlah pergerakan penumpang pada Julai 2023, meningkat 8.6 peratus daripada bulan yang sama pada 2019, dan peningkatan 13 peratus daripada 3.3 juta penumpang pada bulan sebelumnya.
Seiring dengan cuti musim panas, pergerakan penumpang antarabangsa pada Julai 2023 merekodkan jumlah tertinggi setakat ini, mencatatkan 1.9 juta penumpang, mengukuh 11 peratus daripada 1.7 juta penumpang pada Jun 2023, kata MAHB.
Pergerakan penumpang domestik merekodkan 1.8 juta penumpang, mencecah 90 peratus daripada paras Julai 2019, kadar pemulihan tertinggi bagi tahun itu serta mencatatkan peningkatan 16 peratus daripada 1.6 juta penumpang pada Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul terus menunjukkan momentum trafik yang kukuh, mengatasi jumlah penumpang sebelum pandemik selama tiga bulan berturut-turut. - Gambar fail/REUTERS

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.